#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Diskriminasi Jantina Walaupun Di Hollywood


 

Hollywood merupakan industri perfileman terpengaruh dengan pelbagai filem keluarannya di tayang pada pawagam di seluruh dunia. Dengan itu, mereka harus menjadi salah satu pengaruh utama untuk peluang sama rata di tempat kerja tidak mengira jantina ataupun bangsa.

Di sebaliknya, dalam laporan University of California, Los Angeles (UCLA) pada tahun lalu, tempat wanita dalam industri perfileman di Hollywood semakin berkurangan, tidak kira peluang lakonan untuk wanita mahupun pengarah filem wanita.

Hollywood juga gagal memberikan watak yang bersesuaian kepada wanita berbakat di dalam industri tersebut. Terutamanya yang berumur 35 ke atas. Mereka jarang diberi peluang untuk menyerlahkan bakat mereka untuk tontonan ramai.

Pelakon wanita Hollywood, Reese Witherspoon mengatakan industri sepatutnya melihat pengalaman sebenar wanita sama ada mereka terlibat dalam keganasan domestik, serangan seksual, percintaan atau perceraian.

Selain menjadi pelakon wanita terkenal di Hollywood, Witherspoon juga seorang penerbit yang kerap memberi tumpuan pada filem yang akan melibatkan wanita memegang watak utama seperti filem Gone Girl.

Penghormatan yang berbeza juga berlaku dalam bidang pengarahan. Dalam kategori ‘Best Director’ di Academy Awards, hanya seorang wanita sahaja telah memenangi kategori tersebut, iaitu pada tahun 2010, dan tujuh tahun kemudian dia masih kekal menjadi wanita yang pertama.

Source: Utusan, Washington Post

Artikel Berkaitan