#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kenali Sophia, Robot Selebriti Terkini


 

Ini adalah Sophia, sebuah robot manusia dengan keupayaan untuk tersenyum. Tanpa melihat kabel yang berselirat di belakang kepalanya, anda mungkin menganggap Sophia sebagai manusia biasa.

toodia_audreyhepburn

inspirasi sophia: audrey hepburn

Robot manusia ini adalah ciptaan terbaru syarikat Hanson Robotics. Jika mukanya kelihatan seperti pernah dilihat, ia adalah kerana Sophia direka untuk kelihatan seperti pelakon Audrey Hepburn!

Sophia dapat memaparkan 60 jenis ekspresi muka dan juga berbual dengan rakan-rakan bukan elektronik yang baru dikenali.

Baru-baru ini, Sophia menarik perhatian dunia dengan menjadi contoh bagaimana kepintaran buatan boleh memberi manfaat kepada umat manusia di persidangan PBB.

Pencipta Sophia mengatakan matlamat beliau adalah untuk membuat robot lebih bijak daripada manusia selain menjadi kreatif dan menunjukkan rasa empati.

Kepintaran Sophia mungkin telah hampir sama dengan kecerdasan manusia biasa. Robot ini mengambil selfie dan mempamerkan keberanian untuk membidas kepintaran Presiden AS, Donald Trump.

Jika anda bimbang Sophia akan mengambil alih dunia, anda tidak berseorangan! Ketua Amnesty International berkata kumpulan itu sangat memandang serius akan kepintaran buatan dan berharap agar pencipta memastikan robot sentiasa menghormati hak-hak manusia.

Pada zaman teknologi media sosial ini, Sophia menjadi selebriti dalam masa yang singkat. Dia menjadi model, mempunyai laman web sendiri, menghadiri program temubual di TV, menyanyi di konsert dan menghiasi muka depan majalah fesyen terkenal. Baru-baru ini, Sophia juga membintangi sebuah filem pendek yang menceritakan bagaimana dia dicipta.

toodia_sophia

sophia dalam muka depan majalah elle

Sophia adalah sebuah robot genius yang sentiasa berkembang. Dia mempunyai rupa seperti manusia dan cerita yang luar biasa sebagai robot. Dari masa ke masa, peningkatan kepintarannya akan mempesonakan masyarakat global dan akan berhubung dengan orang tanpa mengira umur, jantina, dan budaya.

 

 

Sumber: hansonrobotics, dailymail and myfoxzone

Artikel Berkaitan

Post Tags