#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Uruskan Kewangan Anda Dengan Betul Sebelum Usia 40


 

Ramai yang berfikir untuk menjadi kaya tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk bermula. Berjimat-cermat dari usia muda adalah jalan yang paling baik. Tetapi, jika anda menyasarkan untuk hidup senang menjelang usia 40 tahun, anda perlu tahu dan ikuti tips ini.

Bayar kad kredit anda setiap bulan

Image result for credit card

Ramai orang fikir hutang sedikit dalam kad kredit bukanlah masalah besar. Tetapi adakah anda tahu jumlah hutang yang sepatutnya ada dalam kad kredit anda adalah sifar? Kerana kadar faedah yang tinggi, membayar kad kredit anda setiap bulan perlu menjadi keutamaan nombor satu kewangan anda.

Simpanan 6 bulan perbelanjaan

Image result for tabung

Semua orang tahu mereka perlu menyimpan lebih banyak wang tetapi perkara ini sukar dilakukan. Caranya adalah dengan mengetahui nombor anda. Nombor ini bermaksud jumlah wang yang diperlukan untuk meliputi enam bulan perbelanjaan asas anda. Anda harus duduk dan catat perbelanjaan bulanan anda untuk bermula!

Membuat bajet bulanan

Image result for monthly budget

Ketika penggunaan buku cek, orang dahulu lebih jimat dalam mengeluarkan wang. Tetapi sekarang segala-galanya dilakukan secara elektronik dan ramai orang tidak menyedari jumlah wang yang masuk dan keluar dari bank mereka. Selain menggunakan buku lejar, anda juga boleh merancang bajet dengan beberapa aplikasi baru menerusi telefon anda.

Hidup mengikut kemampuan anda

Related image

Ini adalah prinsip yang paling asas untuk semua kewangan peribadi tetapi masih ramai yang sukar melakukannya! Pada asasnya, anda hanya perlu mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Dalam dunia berasaskan Internet, mencari jalan untuk menambah pendapatan kelihatan lebih mudah.

Melabur dalam hartanah

Image result for real estate

Semakin ramai orang memilih untuk menyewa daripada membeli rumah, tetapi itu adalah satu kesilapan besar. Hartanah bukan hanya untuk golongan berada sahaja. Rumah adalah aset nombor satu untuk membina kekayaan. Pulangan ke atas rumah adalah konsisten lebih baik daripada pasaran saham. Tetapi jika anda masih belum mampu membeli hartanah, pertimbangkan untuk berkongsi dengan ahli keluarga dahulu.

 

 

Sumber: readersdigest

Artikel Berkaitan

Post Tags