#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Melindungi Harimau Dahan Sunda Terancam Di Sabah


 

Pelan tindakan 10 tahun untuk melindungi harimau dahan Sunda kemungkinan besar akan dilaksanakan pada tahun 2018.

Menurut Pengarah Danau Girang Field Centre (DGFC) Dr Benoit Goossens, pada majlis penutup bengkel tiga hari mengenai bagaimana mahu melindungi spesies itu, mereka akan menyediakan draf awal pelan tindakan itu dan akan mengemukakan draf akhir kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah, sebelum seterusnya akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri untuk pengesahan.

Dr Benoit Goosens merupakan pengarah  Danau Grang Field Centre (DGFC)

Dr Benoit Goosens merupakan pengarah Danau Grang Field Centre (DGFC)

Matlamat Pelan Tindakan

“Kemungkinan besar kami akan melancarkannya menjelang tahun 2018,” katanya.

Tambahnya lagi,  bahawa matlamat mereka adalah untuk memastikan harimau dahan terus wujud pada masa akan datang dan terpelihara.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap orang ramai akan mempunyai lebih kesedaran tentang kewujudan harimau dahan, yang pada  masa kini  merupakan sejenis kucing liar yang paling tidak dikenali di dunia.

toodia_harimaudahansunda

Harimau dahan (clouded leopard) antara jenis kucing liar yang paling tidak dikenali ramai

Beliau berkata Sabah mempunyai lima jenis kucing liar, salah satu daripadanya ialah harimau dahan. “Ia adalah kucing terbesar di Borneo,” katanya.

Benoit turut mengatakan adalah penting bagi Jabatan Hidupan Liar Sabah (Sabah Wildlife Department) meneruskan aktiviti penguatkuasaan mereka kerana kucing-kucing tersebut sentiasa terdedah kepada pemburu haram.

 Cadangan-Cadangan Pelan Tindakan

Antara cadangan yang dibuat semasa bengkel tersebut diadakan  adalah, tentang kesan anjing dan kucing belaan yang dibawa masuk oleh pemburu memasuki hutan ke atas harimau dahan.

Telah didapati bahawa anjing dan kucing domestik boleh  menyebarkan penyakit dan mempunyai potensi untuk  membahayakan kucing liar tersebut.

Juga telah disyorkan bilangan pegawai penguatkuasa ditambah, selain adanya kerjasama atara sempadan yang lebih baik untuk menghentikan kejadian pemburuan haram daripada berlaku.

Juga ditekankan tentang perlunya peningkatan program pendidikan terutamanya bagi kanak-kanak sekolah di kawasan luar bandar.

Di samping itu, pusat pemuliharaan kecil juga akan ditubuhkan di Zoo Lok Kawi   untuk menempatkan harimau dahan yang telah dirampas, kata Dr Benoit.

toodia_deptwildlifesabah

Penguatkuasaan akan dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah

Ketua Penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah (Sabah Wildlife Department) Mohd Soffian Abu Bakar berkata, beliau akan mengetuai sekretariat kecil yang akan memastikan pelan tindakan itu berjalan dengan lancar. Menurutnya, “Sekretariat ini akan memantau kemajuan yang telah dicapai”.

Sumber: The Borneo Post

Artikel Berkaitan