#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Starbucks Sertai Trend Unicorn


 

“Unicorn food” ataupun makanan unicorn adalah apa-apa makanan yang diletak pewarna makanan dan aksesori-aksesori yang comel seperti buah-buahan yang dipotong jadi bentuk-bentuk kecil ataupun menggunakan marshmallow kecil.

Trend ini wujud disebabkan oleh pengguna Instagram dan pengguna aplikasi sosial media lain yang mengongsi gambar-gambar makanan yang penuh berwarna.

toodia_unicornfood2

Antara pengasas utama trend ini adalah Adeline Waugh yang berumur 27 tahun. Waugh adalah seorang blogger makanan yang mulakan trend ini menggunakan pewarna semula jadi seperti ‘beetroot’ untuk menonjolkan lagi warna-warna di dalam gambar makanannya. Dia juga berkata dia tiada niat untuk mulakan trend. Apabila Waugh pos gambar tersebut, pengikut Instagramnya berkata ia kelihatan seperti ‘unicorn’. Dari situlah bermula trend tersebut apabila ramai yang menaikkan gambar-gambar makanan berwarna-warni ciptaan sendiri dan memberi tag unicorn.

Starbucks juga mengambil bahagian dalam trend ini dan mula mengeluarkan ‘unicorn food’ sendiri iaitu “unicorn Frappuccinos”. Isi kandungannya adalah minuman yang penuh dengan pelbagai warna yang menarik dan kelihatan seperti pelangi. Dalam kenyataan yang diberi kepada berita media, Starbucks menggambarkan minuman baru keluarannya itu seperti “magic”. Tujuan Starbucks mengeluarkan minuman ini adalah untuk menghasilkan satu produk yang kelihatan cantik apabila diinstagram.

toodia_unicornfood3toodia_unicornfood1

Sejuk itu ramai yang gilakan ‘unicorn food’ seperti bagel pelangi, latte ‘unicorn’ dan juga sprinkle pelangi traditional.

source: NY Times

Artikel Berkaitan