#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Shamma Al Mazrui, Menteri Termuda Di Dunia


 

Siapakah Shamma Al Mazrui? Pernahkah anda terdengar atau terlihat namanya di mana-mana sebelum ini?

Kurang daripada 2 tahun selepas menamatkan pengajiannya, Shamma Al Mazrui, seorang wanita belia berusia 23 tahun telah berjaya melakar sejarah apabila beliau dilantik untuk memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Belia Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Presiden Majlis Belia Negara pada bulan Februari tahun lalu.

Pelantikannya sekali gus menjadikan Shamma sebagai menteri kabinet yang termuda di dunia.

Senarai nama Ahli Kabinet 2016 UAE – Sumber: Astro Awani

Sebelum mengumumkan pelantikannya pada waktu itu, Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum membuat pengumuman di akaun Twitter-nya bahawa mereka akan melantik seorang menteri baru dari kalangan golongan belia.

“Selepas perbincangan bersama saudara saya, Mohammed Bin Zayed dan juga atas kelulusan daripada Presiden, di sini kami umumkan ahli kabinet UAE yang baru,” katanya.

Di dalam kenyataan itu, beliau turut menambah bahawa ahli kabinet yang baru itu akan memberi tumpuan terhadap belia, masa depan, kebahagiaan, pembangunan pendidikan, dan juga mengatasi masalah perubahan iklim.

Untuk pengetahuan anda, Shamma memegang sarjana Diplomasi Awam dari Oxford University dan juga ijazah dalam bidang Ekonomi dari New York University.

Antara empat orang menteri wanita yang telah dilantik, beliau adalah yang paling muda setakat ini.

“Belia mewakili kira-kira setengah daripada masyarakat arab kita, jadi ia adalah sesuatu yang logic untuk memberi mereka suara dan juga peranan dalam pentadbiran negara,” kata Sheikh Mohammed.

Sumber: AIT

Artikel Berkaitan