#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Mengapa Ahok Gagal Dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta?


 

Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai ‘Ahok’ merupakan seorang gabenor yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.

Walau bagaimanapun, beliau telah tewas dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta yang berlangsung dua bulan lepas.

Dalam pusingan kedua pilihan raya itu, Ahok hanya meraih 42% undian berbanding bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan yang memperoleh 58% undian,

Apakah punca kekalahan beliau? Adakah ia kerana beliau didakwa menghina agama Islam atau faktor-faktor lain?

Menurut Eep Saefulloh Fatah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Polmark Indonesia, pilihan raya bukan sebuah permainan nombor, tetapi ia adalah “peperangan” untuk memenangi hati rakyat.

Beliau juga menyatakan bahawa Ahok “bukan ditakdirkan untuk tewas” hanya kerana status minoritinya sebagai seorang Cina-Kristian.

PolMark merupakan sebuah syarikat penyelidikan pasaran dan perundingan politik yang berpangkalan di Jakarta.

Ahok dan Jokowi – Sumber: www.kompasiana.com

Pada tahun 2012, PolMark terlibat di dalam kempen pilihan raya gabenor untuk kumpulan Jokowi-Ahok (gandingan Presiden Jokowi dan Ahok).

Ketika itu, Jokowi memegang jawatan Datuk Bandar Solo dan kemudian dilantik menjadi Presiden Indonesia pada tahun 2014.

Pada pilihan raya tahun ini pula, syarikat itu merupakan sebahagian daripada kempen gandingan Anies-Sandi (Sandiaga Uno) yang memenangi 58% undi berbanding Ahok, 42%.

Memetik laporan The Star, Eep terlibat dengan lebih aktif di dalam kumpulan Anies-Sandi berbanding Jokowi-Ahok sebelum ini.

Beliau memegang peranan Pengarah ‘Bilik Perang’ dan Pengerusi Kumpulan Debat.

anies-baswedan-sandiaga-uno-6_20160923_234511

Anies Baswedan dan Sandiaga Uno – Sumber: www.indonesiaoversight.com

Sekiranya beliau menjadi pengatur strategi kempen Ahok pada pilihan raya baru-baru ini, berikut adalah 4 perkara yang akan dilakukan:

1. Fokus pada kelebihan Ahok, iaitu apa yang beliau berjaya lakukan sepanjang perkhidmatannya sebagai gabenor. Kumpulan yang paling penting beliau perlu ada adalah kumpulan pengurusan isu. 

2. Elakkan daripada menggunakan status minoriti Ahok sebagai isu utama dalam kempen dan fokus sepenuhnya tentang kejayaan beliau. 

3. Menguruskan dengan serius dan berhati-hati individu yang berpengaruh terhadap orang Islam dan para pemimpin secara progresif.

4. Elakkan daripada bercakap banyak. Bagi individu seperti Ahok, ia adalah lebih baik jika berdiam diri. Biarkan Djaron Saiful Hidaya (gandingan Ahok) memainkan peranan utama dalam berkempen.

Berdasarkan pengalamannya pada pilihan raya gabenor Jakarta pada tahun 2012, Eep menyatakan bahawa sesuatu mesej itu akan menjadi lebih kuat dan berkesan jika ia adalah sebuah mesej yang ringkas dan bersifat peribadi.

txr4qbws9a

Eep Saefulloh Fatah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Polmark Indonesia – Sumber: www.pilkada.metrotvnews.com

“Pasangan (Jokowi-Ahok) menawarkan komitmen kerja yang ringkas dan peribadi, secara langsung menepati keperluan pada waktu itu.

“Mereka berdua, terutamanya Jokowi, dilihat sebagai jawapan kepada keperluan ramai warga Jakarta,” katanya.

Ujar Eep lagi, semakin kukuh jawapan yang diberi oleh calon pilihan raya kepada rakyat, semakin kuat ‘magnet’ mereka untuk menarik para pengundi.

Namun,  beliau berkata, Ahok dan para penyokongnya gagal untuk melihat kepentingan fenomena populisme dalam pilihan raya 2017 sama seperti keadaan pada tahun 2012.

Selain itu, rakyat juga tidak berapa gemar dengan cara dan percakapan beliau yang disifatkan sebagai kasar.

Kumpulan Ahok-Djarot juga menggunakan sentimen Islamophobia sebagai salah satu alat pasaran politik utama mereka.

Lebih memburukkan keadaan, Ahok juga telah mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim di negara itu atas dakwaannya menghina agama Islam.

Daripada memainkan sentimen fobia, ia adalah lebih berkesan jika seseorang ahli politik itu memberi fokus terhadap isu yang dekat di hati rakyat.

Sumber: The Star, Sarawak Voice

 

Artikel Berkaitan