#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Gua Pusat Penginapan Luar Biasa


 

Apabila empat dinding membosankan, katil besar dan sebuah peti sejuk kecil mencukupi,  namun tidak menarik, anda boleh menempah sebuah gua. Semua bilik bawah tanah adalah berbeza. Ada yang mewah, ada juga yang mempunyai keperluan sangat asas. Namun, semuanya mempunyai sejarah dan misteri mereka yang tersendiri.

Terdapat pelbagai kelebihan menginap di sebuah bilik di gua – ia tidak mempunyai lembapan, suhunya berterusan sejuk, keadaannya sentiasa tenang, serta tidak mempunyai ramai orang ataupun bunyi kuat.

Menginap di hotel yang unik dengan pemandangan yang luar biasa merupakan impian kebanyakan pelancong yang boleh menjadi realiti. Malah,  lokasi dan tempat penginapan tertentu mungkin boleh mengagumkan pelancong yang sudah berpengalaman.

Desert Cave Hotel, Australia  (Hotel Gua Padang Pasir)

toodia_desertcavehotel

Walaupun ada pilihan untuk kediaman di atas tanah, anda boleh memilih untuk tinggal di bawah tanah dengan semua keperluan  yang anda perlukan ada di bawah tanah – dari bilik ke kedai-kedai dan juga bar. Bilik-biliknya luas serta mempunyai siling yang tinggi. Ia juga tenang, sejuk, gelap dan lapang. Anda juga boleh mengikuti lawatan khusus untuk meneroka kawasan pedalaman yang lasak dan menakjubkan di sekitarnya. Bilik bawah tanah bernilai kira-kira $ 160 (RM 681.29)semalam.

Cappadocian Cave Hotels, Turki (Hotel Gua Cappadocia)

toodia_cappadocian

Cappadocia merupakan kawasan separa gersang di pusat bandar Turki yang  terkenal dengan pembentukan batu ganjil berkelompok di Monks Valley. Pelancong meneroka rumah Zaman Gangsa yang dipahat di dinding lembah oleh orang-orang purba yang pernah menghuni gua tersebut.  Ia kemudiannya  digunakan sebagai pelindungan pelarian oleh penganut Kristian awal. Terdapat banyak hotel di sana, termasuk Uchisar Cave Pansion yang menawarkan aktiviti pendakian, menunggang kuda, lawatan belon udara panas serta aktiviti berbasikal. Sebuah lagi pilihan popular adalah Kısmet Cave House di Göreme, ia terkenal dengan biliknya yang berwarna-warni. Serinn House merupakan gua penginapan kecil dan Cappadocia Cave Suites  pula menawarkan kraftangan dan alatan tradisi sebagai hiasan. Sesetengah  daripada 33 bilik di sana dilengkapi jakuzi. Harganya, adalah kira-kira $ 100 (RM 425.81) semalam.

Sala Silvermine, Sweden (Lombong Perak Sala)

toodia_silvermine

Sala Silvermine dikenali sebagai bilik hotel yang paling dalam di dunia. Ia terletak 500 kaki di bawah tanah. Ia hanya boleh diakses menggunakan lif lombong. Seperti yang anda boleh bayangkan, ia tidak mempunyai perkhidmatan bilik atau perkhidmatan lain yang anda harapkan ada di sebuah hotel mewah, kecuali sebuah katil yang selesa dan perabot diperbuat daripada perak. Ia sejuk dan lembap, namun benar-benar cantik. Satu malam di suite yang pelik ini  berharga kira-kira $ 500 (RM 2129.03). Sala Silvermine, seperti namanya, adalah sebuah lombong, yang menghasilkan kira-kira 3 tan perak setahun. Kebanyakannya  digunakan untuk  pembikinan syiling.

 Hotel Marhala, Tunisia

toodia_marhala

Peminat Star Wars akan suka Hotel Marhala. Beberapa babak, kebanyakannya dari Episode IV dirakam di sana. Bilik-biliknya terletak di bawah tanah,  ia merupakan tinggalan sebuah bandar bawah tanah yang telah dibina pada abad ke-4. Pengalaman ini mungkin serupa dengan aktiviti perkhemahan, namun ia mempunyai  katil dan kemudahan-kemudahan  lain. “Bilik-biliknya disertakan kemudahan asas dan bilik mandinya perlu dikongsi, namun mereka mempunyai bar dan Wi-Fi percuma di lobi yang baik,” seseorang menulis tentangnya di TripAdvisor.

  Lava Cave, Greece (Gua Lava)

toodia_gualava

Santorini, sebuah pulau di Laut Aegean, adalah lokasi percutian impian untuk kebanyakan  pengembara, terutamanya mereka yang suka perjalanan tidak konvensional seperti mendaki gunung berapi yang aktif atau menetap seketika di gua-gua. Malahan, gua-gua juga  boleh disewa di Airbnb dan biasanya beharga sekitar $ 350 (RM1490.32) semalam.  Suite Lava Caves serta dindingnya yang  putih bak mutiara, terletak beberapa  minit dari runtuhan istana lama. Ia mempunyai bilik tidur yang selesa, ruang tamu, dapur kecil, beranda peribadi, sebuah jakuzi, disertai dengan pemandangan yang memaparkan keindahan gunung berapi di  Caldera.

Beberapa gua di dalam senarai ini telah digunakan dalam pembikinan filem. Peminat Star Wars pastinya akan suka Hotel Marhal di Tunisia. Penggemar adrenalin akan suka Sala Silvermine kerana ia merupakan bilik hotel yang paling dalam di dunia, ia terletak 500 kaki bawah tanah. Mereka yang tidak boleh pergi ke Sweden boleh mengembara  ke Arizona untuk tinggal di Grand Canyon Caverns, juga dikenali sebagai ” motel terbesar, paling dalam, paling gelap, tertua dan palings enyap  di dunia.”

Sumber: Huffington Post

Artikel Berkaitan