#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Apa Jadi Dengan Qatar?


 

Baru-baru ini Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah putus hubungan diplomatik dengan Qatar. Negara-negara teluk itu telah menuduh Qatar menyokong kumpulan militan di rantau berkenaan. Walau bagaimanapun, Qatar telah menafikan segala tuduhan tersebut.

Qatar dikenali dengan syarikat penerbangan kebangsaan Qatar Airways, stesen TV Al-Jazeera dan juga akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Qatar juga adalah di antara pengeluar minyak terbesar di Timur Tengah iaitu 619 ribu tong sebulan.

Pelbagai syarikat penerbangan seperti Emirates di rantau itu telah boikot negera tersebut dan menghentikan operasi. Qatar Airways juga dilarang lalu ruang udara negara yang memutuskan hubungan dengannya.

Pejabat Al-Jazeera di Arab Saudi juga ditutup. Di Jordan pula, lesen penyiarannya telah ditarik. Penyiaran televisyen milik Qatar, BeIN Sport dan website Al-Jazeera telah disekat oleh UAE.

Sehubungan dengan itu, laluan makanan dan barang-barang keperluan juga tidak boleh masuk. Kapal Qatar tidak boleh singgah pelabuhan negara-negara yang memboikot. Maka Qatar tidak boleh menjual minyak dan gasnya. Rakyat Qatar di negara-negara itu juga disuruh pulang dalam tempoh masa dua minggu.

Punca boikot itu diketahui apabila Arab Saudi secara rasmi menyatakan bahawa Qatar membantu para pengganas iaitu Hamas, Ikhwanul Muslimin dan kumpulan-kumpulan militan Syria. toodia_turki-import

Namun begitu, negara Turki kini memenuhi rak jualan produk yang dulunya dipenuhi dengan produk import dari Arab Saudi. Turki telah berjanji akan membantu Qatar mendepani krisis diplomatik degan negara teluk.

Kini Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa akan menganjurkan rundingan jalan menyelesaian di antara menteri dan pegawai kanan Qatar, UAE, Arab Saudi, Bahrain dan Mesir di ibu pejabat Montreal.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tindakan boikot ini adalah satu pelanggaran terhadap Konvensyen 1944 mengenai pengangkutan udara antarabangsa.

Seramai 5,000 rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Qatar dikatakan selamat dan bekalan makanan adalah mencukupi. Mereka yang menggunakan pesawat Qatar Airways dinasihatkan mengikuti dan memantau jadual penerbangan syarikat berkenaan memandangkan beberapa ruang udara ditutup untuk penerbangan negara itu.

Source: Astro Awani, Utusan Online, Berita Hariantoodia_turki-import

 

Artikel Berkaitan