#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Rakyat China Penggemar Durian


 

Durian merupakan antara buah yang paling terkenal di Asia Tenggara, di mana ia turut diberi gelaran “Raja Buah”.

Pada tahun 2014, rakyat Malaysia memakan 349,000 tan durian, iaitu 11.2 kilogram (kg) bagi setiap orang secara purata.

Masyarakat dunia juga amat menggemari durian, termasuk kuasa besar seperti China.

Menurut Datuk Charon Wardini Mokhzani, Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) di dalam penulisannya di akhbar The Star, penduduk China mempunyai selera yang amat besar terhadap durian dan ia juga semakin meningkat.

Malah, ramai pelancong yang melawat Malaysia membuat ‘hentian khas’ semata-mata untuk menikmati durian sahaja.

Beliau berkata, teknologi moden juga akan membolehkan Malaysia untuk menghantar durian ke China.

Memetik laporan The Star, durian segar penuh dijual di Hong Kong dengan harga HK$600 (RM342).

Melalui usaha kerajaan dan sektor swasta, buah durian dan produk durian boleh menepati standard keselamatan makanan China.

Rangkaian Buah-Buahan Tropika Antarabangsa (TFNet), sebuah inisiatif Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian untuk membantu mempromosikan durian dan buah-buahan tropika yang lain.

Pada tahun 2015, China telah mengimport dari Thailand dan Malaysia sebanyak 299,000 tan durian bernilai AS$568 juta, dan itu tidak termasuk pes durian dan produk durian yang lain.

Beliau berkata, jumlah itu hampir dengan semua durian yang dihasilkan di Malaysia. Durian juga berada di tangga yang keempat dari segi buah-buahan import China selepas pisang, buah ceri dan anggur.

Di antara tahun 2010 dan tahun 2015, import durian China meningkat pada kadar tahunan terkumpul sebanyak 12% dari aspek berat semua durian yang diimport dan 31% dari segi nilai.

Kini, Thailand adalah pengeluar dan pengeksport durian yang pertama di dunia, di mana mereka telah mengeksport 358 ribu tan yang bernilai AS$388 juta pada tahun 2015.

Charon berkata, Malaysia pula berada pada tangga yang kedua dan telah mengeksport sebanyak 20,000 tan durian yang bernilai AS$17 juta.

Sumber: The Star

 

Artikel Berkaitan