#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Peranan Anda Dalam Perubahan Klima


 

Perubahan klima adalah satu isu yang semakin serius. Bukan sahaja seluruh dunia yang aktif menentang isu ini tetapi juga di Malaysia. Pada awal tahun ini Malaysia telah pon mengambil tingkah laku untuk mengurangkan pengunaan dan pembuangan plastik pada alam sekitar. Sekitar 3 bilion beg plastik digunakan di Malaysia setiap tahun. Tetapi adakah larangan pengunaan plastik beg cukup untuk memberi kesan pada alam sekitar?

Pada tahun 2015, satu kajian yang diterbitkan dalam majalah Science menganggarkan Malaysia sebagai negara kelapan dari 192 negara pengeluar sisa plastik yang tidak bertanggungjawab terbesar (mismanaged plastic wastes).

Data juga menunjukkan Singapura menggunakan anggaran 3 bilion beg plastik. Tetapi populasi mereka kecil berbanding dengan Malaysia. Ini menunjukkan Singapura menggunakan anggaran 6 kali ganda beg plastik. Walaupun begitu, pengeluaran sisa plastik yang tidak bertanggungjawab adalah hanya 5 peratus dibandingkan dengan Malaysia iaitu 55 peratus. Di sini terserlah keberkesanan pengurusan sampah di Singapura.

Pada awal tahun ini, Malaysia mengadakan kempen No Plastic Bag setiap hari Sabtu. Tetapi adakah tindakan ini cukup untuk menangani situasi sisa beg plastik? Apakah cara yang lebih effektif untuk mengawal kesan sisa plastik bag di Malaysia?toodia_psb-recycle-rates-by-country

Jawapannya adalah untuk meningkatkan kadar kitar semula. Malahnya, sistem kitar semula di Malaysia tidak popular ataupun kurang dilaksanakan.

Walaupun tiada data tentang kadar kitar semula di Malaysia, anggaran adalah di antara 0 peratus hingga 17 peratus. Satu laporan pada tahun 2011 untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia meletakkan kadar kitar semula tahunan negara kita hanya 7 kg sisa per kapita. Di bandingkan dengan Singapura, kadar kitar semula adalah 59 peratus, menjadikan ia sebagai negara keempat yang banyak mengitar.

Apa peranan anda?

Permulaan kitar semula seharusnya bermula di rumah. Sisa barangan plastik, kertas dan metal harus di asingkan dan di bawa ke pusat kitar semula. Untuk memudahkan peranan anda sebagai seorang yang menyayangi alam sekitar, laman web SWCorp mengandungi pelbagai informasi tentang tarikh angkut bahan kitar semula di kawasan anda. Laman web SWCorp juga menawarkan senarai pusat kitar semula di seluruh negeri di Malaysia.

Pada tahun lalu, Pusat Belian Semula Barangan Kitar Semula di Jalan Bunus 6, Kuala Lumpur telah ditubuhkan untuk membeli barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kaca, bottle plastik, beg plastik dan lain lain. Kewujudan pusat ini adalah untuk memberi initiatif kepada penduduk kawasan Kuala Lumpur untuk kitar semula.

Apakah kaitan kitar semula dengan perubahan klima?

Kitar semula mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dari tapak pelupusan sampah, ia dapat mengurangkan penebangan hutan, menjimatkan tenaga dan menghasilkan lebih banyak produk yang cekap tenaga.

source: Christopher Teh,

Artikel Berkaitan