#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.

Syarikat Bandai Namco telah mengumumkan bahawa arked perdana virtual realiti mereka, VR Zon Shinjuku, akan dibuka bulan depan.toodia_mario-kart-vr2

Saiz arked itu adalah hampir 3716 meter persegi dan akan mempunyai lebih 15 permainan virtual realiti. Yang lebih menarik, permainan “Mario Kart” telah direka khas untuk arked tersebut.

Pemain akan menaikki satu ‘rig’ yang mempunyai reka bentuk seperti go-kart dan akan memakai HTC Vive headset. Satu sensor juga akan dipakai pada kedua-dua tangan bagi membolehkan mereka untuk mengawal stereng dan membaling cenkerang kepada pemain yang lain.

Buat masa sekarang arked ini akan di buka hanya di Tokyo. Ia mungkin seketika sebelum kita melihat Mario Kart dalam negara ini. Tetapi Namco Bandai berharap dapat mengembangkan Zon VR di seluruh dunia.

source:Business Insider

Artikel Berkaitan