#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


30 Firma Diluluskan Untuk Perkhidmatan Pengendalian Darat


 

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah menyenaraikan dan meluluskan 30 syarikat untuk menyediakan perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia.

Perkhidmatan pengendalian darat termasuk, namun tidak terhad kepada, kaunter perkhidmatan daftar masuk,  pengendalian bagasi, sajian makanan, pengendalian jalan dan pengisian bahan bakar.

toodia_groundhandlingservices

Antara rutin harian krew pengendalian darat

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Jeneral (B) Tan Sri Abdullah Ahmad  berkata, sebagai pengawal selia bebas bagi industri penerbangan yang memantau hal-hal komersial dan ekonomi, suruhanjaya ini  bukan sahaja mementingkan piawaian yang tinggi oleh lapangan terbang dan syarikat penerbangan tetapi juga entiti lain yang terlibat dalam industri ini.

“Matlamat akhir langkah-langkah ketat yang diambil oleh suruhanjaya ini adalah untuk melindungi pengguna dan adalah menjadi harapan kami bahawa hal  ini akan terus meningkatkan daya saing negara kita dari sektor penerbangan di rantau ini,” katanya.

toodia_mavcovchair

Pengerusi Eksekutif Mavcom, Jeneral (B) Tan Sri Abdullah Ahmad

Syarikat –syarikat yang telah diberi kelulusan adalah,

  1. Aerodarat Services Sdn Bhd
  2. Aerohandlers Sdn Bhd
  3. BCS Contract & Supply Services Sdn Bhd
  4. Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd
  5. Bukit Wang Resources (M) Sdn Bhd
  6. Cloudera Aviation Services Sdn Bhd
  7. Conor Engineering Services Sdn Bhd
  8. D’viation Technics Sdn Bhd
  9. Elite Jets Sdn Bhd
  10. Ground Team Red Sdn Bhd
  11. Hasrat Asia (M) Sdn Bhd
  12. Helitech Aviation Services Sdn Bhd
  13. Jet Fuels Sdn Bhd
  14. KLM Line Maintenance Sdn Bhd
  15. Malindo Airways Sdn Bhd
  16. Mas Awana Services Sdn Bhd
  17. MNM Aviation Services Sdn Bhd
  18. Nusantara Aviation Services Sdn Bhd
  19. Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd
  20. Petronas Dagangan Bhd
  21. POS Aviation Sdn Bhd
  22. Raya Airways Sdn Bhd
  23. Sabah Air Aviation Sdn Bhd
  24. Safeair Technical Sdn Bhd
  25. Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd
  26. Shell Malaysia Trading Sdn Bhd
  27. Shell Timur Sdn Bhd
  28. Skypark FBO Malaysia Sdn Bhd
  29. Smooth Route Sdn Bhd
  30. Total Megalink Sdn Bhd.

Mavcom, dalam sebuah  kenyataan, berkata semua syarikat juga perlu mempunyai kelulusan teknikal daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia untuk membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan pengendalian darat.

Melangkah ke hadapan, mana-mana orang atau entiti beroperasi sebagai pengendali darat tanpa lesen yang sah daripada Mavcom dikira sebagai melakukan kesalahan dan boleh jika disabitkan, didenda tidak melebihi RM1 juta atau dijatuhi hukuman penjara  untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam hal kesalahan yang berterusan sebagai tambahan kepada penalti yang diberikan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disabit bersalah.

Denda itu juga meliputi individu atau entiti yang terlibat dengan pengendalian darat yang tidak sah.

Sumber: The Sun & The Star

Artikel Berkaitan