#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Perlu Slip Kebenaran Untuk Memakai Hijab


 

Di Amerika Syarakat di mana setiap individu diberi kebebasan berpakaian, seharusnya tiada masalah apabila menghadiri sekolah memakai apa-apa sahaja yang diingini. Walau bagaimanapun, timbul satu masalah apabila Fatmata Mansaray dan Hajah Bah ingin memakai hijab pada bulan Ramadan.

Pada bulan lepas, kedua-dua pelajar ini menghadapi ancaman daripada pentadbir di sekolah Northern Virginia. Situasi tersebut digambarkan sebagai perkara yang amat memalukan apabila pentadbir sekolah mendesak mereka membuang tudung dan menekan mereka untuk mendapatkan slip kebenaran daripada ibu bapa mereka untuk membuktikan mereka adalah orang Islam atau mereka bakal diancam dengan tindakan disiplin.

Mansaray kata seorang penolong mengancam mereka dengan tindakan disiplin kerana tidak menghormati apabila dia menjelaskan mereka memakai hijab untuk beribadat.toodia_fatmatamansaray

“Saya mencelah, ‘Ia adalah untuk agama. Kami berpuasa pada bulan Ramadan. Kalian sentiasa mengganggu kami,” kata Mansaray.

Perkara itu dikongsi di Twitter pada 1 Jun, dan turut menarik perhatian daripada aktivis hak sivil. Akhirnya, permohonan maaf diberi daripada pegawai sekolah.

Buku panduan sekolah juga telah dibetulkan untuk memastikan pengetua tahu bahawa pelajar tidak perlu “membuktikan” agama mereka untuk memakai hijab.

Pihak yang terlibat telah memohon maaf kepada kedua-dua pelajar dan ibu bapa mereka, secara peribadi. Pada mesyuarat lembaga sekolah minggu ini, pendtadbir sekolah menegaskan bahawa daerah ini mengalu-alukan semua agama.

Jurucakap sekolah, Phil Kavits berkata kod daerah tingkah laku secara umumnya melarang topi dan penutup kepala yang lain, kecuali yang dipakai atas sebab-sebab agama. Tetapi di dalam buku panduan sekolah tersebut, pengecualian diberi hanya kepada pelajar beragama yang telah ‘didokumenkan’.

Kavits berkata pegawai akan semak semula buku panduan sekolah untuk mengeluarkan perkataan itu, dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan pengetua tahu bahawa tidak ada pelajar perlu “membuktikan” agama mereka untuk memakai hijab.

Seperti ramai wanita dalam keluarganya, Mansaray berkata dia memakai tudung kepala sekali-sekala. Tetapi konsisten memakainya sepanjang bulan suci Ramadan.

Hampir setiap kali dia memakai hijab itu dalam tahun persekolahan yang lalu, beliau berkata, pentadbir memberitahunya untuk membukanya, kadang-kala mempersoalkan tujuan penutup kepala. Apabila dia membantah bahawa dia memakai atas sebab-sebab agama, beliau berkata, mereka sering memberitahunya dia memerlukan nota.

source: Washington Post

Artikel Berkaitan