#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


8 Istilah ‘Underground’ Rasuah Di Malaysia


 

Sejak akhir-akhir ini,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan pelbagai tangkapan yang melibatkan ahli politik dan ahli perniagaan, di mana ramai di antara mereka turut memegang gelaran Tan Sri dan Datuk Seri.

Di sini, kami bawakan kepada anda 8 istilah yang sering digunakan dalam konteks rasuah di Malaysia.

1. KABEL – Perkataan ini amat popular dalam masyarakat di negara kita. Kabel yang dimaksudkan dalam konteks ini bukanlah wayar yang digunakan untuk menyambung internet, elektrik dan sebagainya.

Maksud lain perkataan kabel adalah seseorang yang berkuasa dan berpengaruh dalam sesuatu institusi, dan ia selalunya adalah pegawai kanan kerajaan yang boleh bantu menjamin kontrak atau perjanjian besar dalam sesuatu projek.

Ayat Contoh: “Bro, kau ada kabel besar tak? Aku ada projek mega ni. Nanti dah jadi, aku bagi kau dengan ‘dia’ (kabel) sikit.”

2. LUBANG – Perkataan lubang selalunya digunakan untuk merujuk kepada lubang di jalanan. Tetapi dalam konteks rasuah, lubang bermaksud ‘peluang’, dan ia selalunya melibatkan cara yang salah di sisi undang-undang untuk mendapat wang.

Ayat contoh – “Bro, kau ada tau tak mana-mana lubang? Aku nak kaya cepat ni.”

3. KAU TIM – Kau tim adalah perkataan Kantonis, tetapi ia telah pun menjadi perkataan Malaysia yang digunakan oleh seluruh masyarakat.

Kau tim bermaksud menyelesaikan sesuatu masalah atau perjanjian. Sebagai contoh, seseorang ditahan oleh polis trafik atas kesalahan langgar lampu merah, dan meminta supaya polis tidak menyamannya.

Ayat contoh: “Boleh Kau tim tak abang? Saya bagi 50 kita settle sini.”

4. TA PAU – Tapau bermaksud membungkus, dan ia selalu digunakan untuk membungkus makanan di restoran. Dalam rasuah, ia bermakna seseorang yang korup itu ingin mengambil semua ‘hasil’ rasuah untuk dirinya sahaja, tanpa berkongsi dengan sesiapa.

Ayat contoh – “Wahh bro, kau nak tapau semua nampak? Tak nak kongsi sikit ke?

5. LESEN KOPI – Ini bermaksud seseorang individu ingin lulus ujian memandu dan mendapatkan lesen memandu mereka dengan cara haram, iaitu menghulurkan wang rasuah atau ‘duit kopi’ kepada pemeriksa.

Ayat Contoh – “Dia tu dapat lesen kopi je tu. Mana taknya, bagi duit kopi terus je lulus ujian memandu.”

6. IKAN BILIS – Ikan bilis adalah ikan kecil yang selalunya digoreng atau dibuat masak sambal. Ia amat popular untuk dimakan dengan nasi lemak, bubur dan nasi goreng antaranya.

Dalam erti kata lain, ia selalunya merujuk kepada kakitangan kerajaan berpangkat rendah yang ditahan kerana kesalahan rasuah.

Ayat contoh – “Pihak berkuasa asyik tangkap ikan bilis je. Jerung (pegawai berpangkat tinggi) yang besar-besar sedap je terlepas.”

7. MAKAN DUIT – Istilah ini membawa maksud yang tersirat. Tidak ada orang yang benar-benar boleh wang kertas atau syiling. Makan duit dalam konteks ini bermakna seseorang itu mengambil wang haram atau wang rasuah.

Ayat Contoh – “Apa la nak jadi dengan si Mamat tu. Kerja asyik makan duit je.”

8. OREN – Oren ini tidak merujuk kepada buah oren atau jus oren. Ia adalah baju berwarna oren yang dipakai oleh mereka yang ditangkap oleh SPRM.

Ayat Contoh – “Kau ni silap hari kalau kantoi nanti tak pasal-pasal jadi Oren.”

 

Sumber: The Star

Artikel Berkaitan