#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Guru Bahasa Peribadi Anda


 

Memang tidak boleh nafikan betapa pentingnya Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa dan juga pengunaan dalam kehidupan peribadi.

Tetapi timbulnya masalah apabila kita berada dalam situasi yang memerlukan pengunaan Bahasa Inggeris dan kita mula tergagap ataupun segan untuk menggunakannya.

Antara cara yang senang untuk meningkatkan pengunaan perbualan Bahasa Inggeris adalah untuk hadiri kelas Bahasa Inggeris. Tetapi bagi yang sibuk ataupun yang berkerja, masa adalah terhad.

Italki adalah sesuatu laman web yang mudah untuk digunakan untuk mereka yang mahu meningkatkan pengunaan Bahasa Inggeris.

Dengan menggunakan laman web ini, anda berpeluang untuk berbual dengan ‘native speakers’ (orang yang memang berbahasa Inggeris) dengan harga yang murah dan berpatutan.

Perbezaan antara menggunakan italki dan menghadiri kelas Bahasa Inggeris adalah anda berpeluang untuk memilih seorang guru yang bersesuaian dengan anda. Anda juga boleh menetapkan masa yang bersesuaian dengan masa lapang anda. Lebih lagi anda tidak perlu untuk keluar dari keselesaan rumah anda kerana kelas dijalankan melalui skype.

Setelah memilih guru yang bersesuaian dengan anda, anda boleh terus berbual dengan pelbagai topik kesukaan anda.

Jika anda berminat untuk belajar Bahasa lain juga, laman web Italki bukan sahaja menawarkan Bahasa Inggeris, tetapi juga Bahasa yang lain. Italki menawarkan pelbagai guru dari negara yang lain seperti Korea, Japanese, Perancis mahupun Jerman .

sumber: italki

Artikel Berkaitan