#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Tiket Konsert Ed Sheeran di Malaysia Terlajak Laris!


 

Penyanyi dan penulis lagu popular dari British, Ed Sheeran akan kembali menghiburkan peminat di Malaysia pada November ini.

Konsert jelajah ‘Ed Sheeran Divide Tour Live in Kuala Lumpur 2017’ akan diadakan 14 November ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam.

Persembahan jelajah ini dianjurkan untuk mempromosi album terbaharunya, Divide yang dilancarkan pada 3 Mac lalu.

Album itu sendiri mencipta sejarah apabila ia terjual sebanyak 672,000 salinan di Britain dalam masa seminggu dan menjadikan ia album paling laris oleh penyanyi lelaki di negara itu.

Single terbaharunya, Shape of You dan Castle on the Hill berjaya memukau peminat, dengan merangkul dua kedudukan teratas di seluruh carta muzik di dunia untuk beberapa minggu.

Image result for ed sheeran divide tour kl

Walaubagaimana pun, tiket konsert penyanyi itu yang mula dijual pada 15 Mei, habis dibeli hanya dalam masa 30 minit sahaja. Wah, nampaknya ramai betul peminat Ed di Malaysia!

Tiket yang dijual pada harga RM198,RM298,RM358 dan RM458 (tidak termasuk GST) bermula jam 10 pagi, habis terjual sepenuhnya setengah jam kemudian kerana peminat-peminat telah pun beratur di pejabat PR Worldwide seawal jam 8 pagi.

Rata-rata peminat yang gagal mendapatkan tiket meluahkan rasa kekecewaan dan rasa tidak berpuas hati terhadap segelintir pihak yang membeli tiket dalam jumlah pukal untuk dijual semula. Pihak pengurusan menyatakan persembahan kedua adalah mustahil.

Ed yang pernah popular menerusi lagu seperti Thinking Out Loud, dan Photograph pernah mengadakan persembahan pertamanya di Kuala Lumpur pada 2015.

Sumber: thestar, astroawani

Artikel Berkaitan