#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Liverpool Menghentikan Minat Terhadap Pertahanan Southampton


 

Liverpool telah memohon maaf kepada Southampton ke atas “salah faham” dan menghentikan minat mereka terhadap pertahanan Virgil van Dijk.

Southampton berkata mereka akan membuat laporan kepada Premier League terhadap pendekatan secara haram oleh Liverpool terhadap pertahanan mereka.

Pemain bek-tengah 25 tahun dimahukan oleh beberapa kelab dan telah menyatakan keinginannya berpindah ke Anfield.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp telah membuat tanda tangan pemain kebangsaan Belanda sebagai keutamaannya.

nintchdbpict000291643082

Kenyataan Penuh:

“Liverpool Football Club ingin merakamkan rasa kesal terhadap spekulasi media baru-baru ini tentang Southampton Football Club dan perpindahan pemain antara kedua kelab.

“Kami memohon maaf kepada pemilik, lembaga pengarah dan penyokong Southampton ke atas salah faham terhadap Virgil van Dijk.

“Kami menghormati posisi Southampton dan mengesahkan kami menghentikan minat terhadap pemain itu.”

Tamparan hebat kepada Liverpool

Pertahanan £50m itu menandatangani kontrak 6 tahun pada tahun lepas, menyertai Southampton daripada Celtic untuk £13m pada September 2015.

Juara Premier League Chelsea dan Manchester City telah dikait rapat dengan pemain itu, tetapi minat City telah kurang selepas mereka tidak bersedia membayar setinggi Liverpool tawarkan.

Van Dijk terlepas 5 bulan akhir musim selepas mengalami kecederaan ankle menerusi terjahan oleh bintang Leicester City Jamie Vardy dalam kemenangan Southampton 3-0 di St Marry pada 22 Januari. Ia memaksa dia tercicir perlawanan akhir Piala EFL menentang Manchester United di Wembley.

Artikel Berkaitan