#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Peluang Memulakan Francais Gerai Kopi Kecil Dengan Mudah


 

Memulakan dan mengekalkan perniagaan runcit dalam industri yang berdaya saing bukanlah mudah, malah lebih sukar jika ia melibatkan pembinaan kedai memandangkan kosnya yang tinggi.

Namun, masih ada cara untuk menjadi bos anda sendiri dalam perniagaan yang menguntungkan, dengan syarat anda bekerja cukup keras. Satu peluang itu adalah dengan membeli lesen penjenamaan yang membolehkan anda segera menggunakan saluran pengeluaran dan pengedaran sedia ada syarikat.

Satu segmen anda boleh ceburi adalah industri kopi gourmet, melihat bagaimana kafe-kafe adalah bermanfaat  bagi generasi milenium bukan sahaja untuk secawan kopi yang baik, tetapi juga dalam mengejar dan mempunyai detik-detik laman sosial.

Cafe The Morning After, yang ditubuhkan pada tahun 2014 mempunyai tujuh cawangan dan kian bercambah serta menawarkan pada orang ramai model lesen perniagaannya dengan bayaran pelesenan sebanyak RM120,000.

toodia_expresso-bar

Dr Darren Ng Pengasas Cafe The Morning After

Morning After adalah sebahagian daripada Rhombus Connexion, sebuah platform berwawasan dan ekosistem yang mampan untuk usahawan dalam bidang  makanan dan minuman (F&B) yang memupuk pertumbuhan dan mempercepatkan pengembangan perniagaan. Ia memiliki lebih 19 jenama dan lebih 40 cawangan di empat negara.

Dr Darren Ng merupakan pengasas dan rakan kongsi utama bagi bahagian restoran dan kafe Rhombus Connexion (Western) dan pengasas rangkaian kedai The Morning After.

Pelan perlesenan merupakan perjanjian yang meliputi tiga tambah dua tahun di mana RM120,000 untuk tempoh tiga tahun pertama, dengan RM20,000 nilai tambahan untuk melanjutkan perjanjian untuk dua tahun lagi.

Terdapat dua cara untuk menjalankan perniagaan ini; sama ada menjadi  pemegang lesen pengendali di mana  anda melabur dan menjalankan perniagaan anda  sendiri, atau sebagai pemegang lesen pelabur di mana anda mengupah orang lain bekerja untuk anda.

Melalui model pelesenan ini, pemegang lesen akan beroperasi dari gerai yang dipanggil Espresso Bar, dan bukan dari kafe itu sendiri.

Idea ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan muda untuk melabur dan memulakan perniagaan mereka sendiri, kata Ng.

“Mereka mungkin mempunyai bajet yang terhad dan membuka kedai sendiri memerlukan perbelanjaan kira-kira RM500,000.

“Dengan Bar Espresso, berbaloi untuk mencuba kerana semuanya sudah disediakan untuk anda.

“Ia juga berdasarkan model yang terbukti berjaya  yang sedang beroperasi di Mercu Summer Suites, KL.

“Ia merupakan satu pelaburan yang agak kecil, tetapi anda akan mendapat pulangan dalam masa yang singkat – secara purata dalam tempoh 14 bulan,” jelas beliau, dengan mengatakan usahawan perlu terlebih dahulu memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Model pelesenan ini tidak datang dengan tangan kosong kerana pemegang lesen akan dilengkapi dengan keseluruhan alatan gerai  itu, dari segi peralatan, meja dan kerusi untuk stok awal, makanan dan minuman.

Satu latihan untuk tempoh lima hari merangkumi bagaimana untuk bancuh kopi, menghias pastri, menguruskan inventori, merancang  pesanan untuk hari esok serta cara berhubung dengan pelanggan juga akan dijalankan oleh akademi jenama tersebut.

“Pemegang lesen  perlu  menguruskan kewangan mereka sendiri, tetapi kami akan membantu mereka mengenal pasti  kos barangan yang dijual dan membetulkan apa-apa yang tidak kena,” kata Ng lagi.

Gerai itu adalah hak milik syarikat,  direka khas oleh Ng dan pasukannya untuk memberikan pelanggan perasaan yang  sama ketika membeli pastri di jalan-jalan di London.

Keindahan itu, beliau tekankan, adalah  ia tidak memerlukan air masuk atau keluar, dan ia berfungsi pada titik plak tunggal jadi ia boleh dipasang di mana-mana sahaja. Terdiri daripada tiga panel, apabila terbuka, mempunyai ukuran sepanjang  2.1 3m di tengah, dan 1.07 m pada setiap sisi, ia mempunyai ruang selesa dan keluasan sebanyak  100 kaki persegi.

“Tujuan model perniagaan ini adalah  untuk mengurangkan kadar kos sewa kerana ia memerlukan ruang yang kecil, jadi  tidak ada keperluan untuk tuan rumah untuk mengenakan kadar sewa yang tinggi.

“Untuk menutup gerai itu, anda hanya perlu satu mangga. Pada akhir hari, jika perniagaan anda tidak berjaya, anda boleh berkemas dan pergi jauh. Tidak perlu kos penempatan semula, pengembalian semula atau pemasangan semula, “jelas beliau.

Ia juga mudah kerana gerai ini memerlukan hanya seorang pekerja  di mana segala-galanya yang dijual adalah diambil dan dibawa pergi ; jadi tidak perlu banyak pembersihan.  Dan jika keadaan menjadi benar-benar sibuk , anda boleh sahaja mengupah seseorang untuk membantu anda, tambah beliau.

toodia_tma

Cafe The Morning After di Penang

Selain itu, The Morning After akan membantu usahawan dengan memberikan penyelesaian bagi masalah pemasaran dan pengiklanan tanpa menjejaskan identiti korporat mereka.

“Sukar memulakan sebuah perniagaan, terutamanya jika tidak mempunyai  pengalaman.

“Ini merupakan sebuah perniagaan kecil, jadi kami mahu menjadikan ia semudah yang mungkin bagi mereka,” jelas Ng mengenai format perniagaannya.

Dari segi kawalan kualiti, beliau menekankan bahawa mereka mempunyai piawaian yang tinggi tentang proses memanggang biji kopi dan menyediakan pastri.

Pastri dibuat dan dihantar setiap hari dari dapur berpusat mereka di Sungai Buloh, manakala biji kopi dipanggang di dapur pusat dan dihantar ke kedai-kedai.

“Pastri kami telah diilhamkan oleh orang-orang Perancis, yang terkenal dengan roti dan pastri mereka.

“Saya mahu mengekalkan kualiti, rupa, tekstur dan rasa yan sama dan tidak akan sesekali  membenarkan ia merosot. “Juga, terdapat  peraturan yang ketat bagi pemegang lesen kami yang  tidak membenarkan mereka untuk menjual apa-apa selain makanan kami,” tambah beliau lagi.

Menariknya, apa yang membezakan The Morning After dengan cafe lain bukanlah kepakarannya dalam pembikinan kopi.

“Pasaran kopi di sini  berpecah-belah. Kita punyai kopi gourmet, kopi tiga dalam satu, dan juga  kopitiam tempatan. Di tempat-tempat lain, hanya terdapat satu jenis kopi.

“Ini menjadi penghalang apabila anda ingin menjadikan cafe anda sebuah cafe pakar kopi.

“Bagi mengekalkan perniagaan ini , penekanan adalah terhadap makanan. Seseorang tidak boleh  minum terlalu banyak kopi dalam satu hari.

toodia_pastri

Cafe The Morning After juga menjual pastri

“Menggunakan pastri, pelanggan boleh mengambil lebih daripada satu dalam satu-satu masa. Kami cuba untuk membuat makanan kami  makanan yang mudah bagi ramai orang, “katanya berkongsi.

Mempunyai pengalaman dalam bidang industri  F & B atau industri runcit serta mempunyai sumber kewangan yang stabil adalah satu kelebihan.

Daripada jualan yang pemegang lesen berjaya jana setiap bulan, Ng berkata 6% akan disalurkan kepada pemberi lesen sebagai royalti.

Kejayaan seseorang pemegang lesen adalah sangat penting bagi kami kerana mereka merupakan sumber iklan kami yang terbaik, pada pandangan  beliau.

“Mereka adalah bukti kejayaan kami”.

“Kami mungkin  tidak menjana wang dari seorang pemegang lesen, tetapi jika kami mempunyai 100 gerai di luar sana, mereka adalah sumber kewangan kami.

“Apa yang kami mahu lakukan adalah menyediakan pengendali gerai dengan sokongan yang mereka perlukan untuk berkembang Apabila mereka berkembang, kami pun turut sama berkembang, “katanya meakhiri bicara.

Terdapat tujuh Espresso Bar yang akan dibuka dalam masa beberapa bulan akan datang.

Sumber: The star

Artikel Berkaitan