#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


“Makanan Bebas Gula”-Betul-Betul Bagus Untuk Kesihatan?


 

Musuh sebenar bukan sahaja tersorok dalam mufin dan bar coklat, tetapi di tempat-tempat yang tak disangka-sangka seperti cuka dan sandwich.

Tag #sugarfree sedang trending di media sosial, bersama-sama dengan dakwaan betapa hebatnya manfaat makanan bebas gula sepenuhnya.

Obsesi Dengan Makanan Bebas Gula

Makanan kaya dengan gula sedang dibandingkan dengan ubat-ubatan, dan hasilnya, pengguna sedang berusaha menghapuskan sirap glukosa, fruktosa, maltosa dan sukrosa. Pemanis gantian, seperti Erythritol, sedang menggantikan gula biasa di rumah bagi mereka yang mengikuti gaya hidup bebas gula itu.

toodia_sugar

Pengunaan pemanis tiruan dalam diet bebas gula menjadi trend hangat masa kini

Adakah ini kegilaan seterusnya selepas diet vegan, diet bebas laktosa dan glukosa?Pakar-pakar pemakanan ragu-ragu mengenai trend baru itu.

Kebimbangan aktivis anti-gula bukan sahaja kerana ia boleh merosakkan gigi.  Mereka mengatakan bahawa dengan tidak mengambil gula, kulit akan berseri, kurang kedutan, membantu kehilangan berat badan, mempunyai deria rasa yang lebih sensitif dan boleh menumpukan perhatian dengan lebih baik.

Kebaikan Makanan Bebas Gula

“Ia seperti dilahirkan semula,” kata pengacara rancangan wawancara Jerman,  Anastasia Zampounidis baru-baru ini, mengingati semula bagaimana 10 tahun  lepas dia berhenti mengambil gula halus dan mengatakan dirinya bagai penagih yang sedang pulih.

Pengkritik  berkata Zampounidis kini  kelihatan lebih muda daripada seseorang yang berumur 48 tahun.

Pakar endocrinologist Berlin, Dr Andreas Pfeiffer mengakui bahawa gula mempunyai kelemahan, tetapi masih ragu-ragu tentang pelbagai dakwaan terhadap gula.  “Gula dari segi kesihatan memang tidak baik, dan jika kita makan terlalu banyak, terdapat implikasi negatif  terhadap metabolisme,” katanya.

“Namun tiada data mengenai kesannya terhadap penampilan seseorang.”

Terlalu banyak gula boleh menjadi faktor penyumbang kepada obesiti, tetapi kesan-kesan berbahaya adalah amat sukar untuk dibuktikan pada orang yang sihat dan langsing, kata Dr Pfeiffer lagi, terdapat maklumat yang sangat sedikit mengenai  hubungan antara dos pengambilan gula dan kesannya pada manusia.

Meninggalkan gula adalah sebahagian daripada trend “clean eating“, serta  diet “paleo” yang bertujuan untuk meniru tabiat pemakanan Zaman Batu. Diet ini menyasarkan gula halus dan makanan yang diproses kerana makanan seperti ini sering mengandungi gula halus. Pemanis rendah kalori pula sering digunakan sebagai pengganti gula.

Tegasnya, istilah “bebas gula” harus meliputi  makanan yang secara semulajadinya mengandungi gula, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, serta  produk tenusu.

toodia_applestrudel

Makanan bergula seperti epal strudel ini adalah antara makanan yang tidak diambil penyokong pelan makanan bebas gula seperti clean eating dan Diet Paleo.

 Pakar pemakanan Jerman,  Gabriele Kaufmann menegaskan: “Tidak perlu bebas gula sepenuhnya.”

Merujuk kepada mereka yang mengelakkan gluten secara keseluruhan, dia berkata: “Tidak ada makanan yang salah, hanya cara makan yang salah.” Ini bermakna memakan suatu jenis makanan terlalu banyak, atau mempunyai diet yang tidak seimbang.

Kaufmann mengingatkan bahawa perubahan radikal dalam diet boleh mengganggu metabolisme dan menyeru kepada sesiapa yang sedang memikirkan untuk melakukan perubahan drastik perlu mendapatkan nasihat profesional dahulu.

toodia_kesan-negatif

Terdapat pelbagai kesan negatif akibat perubahan diet yang mendadak-antaranya sakit kepala dan lesu

“Cabaran” boleh membawa kepada ‘kesan yo-yo’ menurut pakar dalam mengelakkan gula,  Dr Robert Lustig, profesor pediatrik di Universiti California di San Francisco, Amerika Syarikat, yang telah menarik jutaan penonton di YouTube.

Dalam sedekad yang lalu, Prof Lustig telah bersuara menentang industri makanan kerana telah “meracun” makanan dalam bentuk  sirap jagung tambahan dalam pelbagai jenis makanan seperti minuman manis, roti dan makanan siap dimasak. Beliau melihat perkara ini sebagai penyumbang utama kepada gelombang obesiti dan diabetes yang menjangkiti sebahagian besar dunia.

Dr Pfeiffer lebih prihatin mengenai kombinasi gula dan lemak yang terdapat dalam pastri, perkara ini beliau  sifatkan sebagai “agak toksik”.

Sumber:  Star2

Artikel Berkaitan