#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Bekas Pemain Newcastle United Disahkan Meninggal Pada Usia 30 tahun


 

Bekas bintang Newcastle United Cheick Tiote telah meninggal pada umur 30 tahun selepas rebah ketika latihan bersama Beijing Enterprises, yang menandatangani pemain itu pada Februari 2017.

Tiote membuat 156 penampilan untuk Newcastle United selama 7 tahun di St. James’ Park. Beliau menjadi kegemaran penyokong atas sebab terjahan kerasnya.

Pemain defensive-midfielder itu membuat hanya 10 penampilan untuk kelab barunya Beijing Enterprises, dan bekas rakan sepasukan Newcastle Demba Ba adalah yang terawal menunjukkan kesedihannya melalui media sosial:

 

Pihak Newcastle United juga turut memberi penghargaan buat Tiote dengan gol yang cukup terkenal ini:

Tiote akan selamanya diingati dengan gol volley-nya yang dijaringkan menentang Arsenal pada Februari 2011, apabila Newcastle United membuat comeback daripada ketinggalan 4 gol kepada seri 4-4.

Itu lah satu-satunya gol Tiote jaringkan untuk kelab Inggeris.

Artikel Berkaitan