#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Apa Manfaat Inisiatif ‘Belt And Road’ China Kepada Malaysia?


 

Pada hujung tahun 2013, Presiden China, Xi Jinping telah menyatakan visi beliau untuk menghubungkan 2/3 daripada populasi dunia melalui pembinaan jalan Sutera baru, yang dikenali sebagai inisiatif ‘Belt and Road’ atau ‘One Belt, One Road.’

Menurut China, inisiatif ini merupakan strategi pembangunan yang memberi fokus kepada kesalinghubungan dan kerjasama dalam kalangan negara-negara.

Memetik laporan South China Morning Post, kerajaan China berhasrat untuk menghubungkan negara itu bersama 65 buah negara di Asia, Afrika dan Eropah melalui laluan darat dan laut.

Strategi ini memberi tumpuan terhadap 5 komponen, iaitu infrastruktur, perdagangan, dasar, kewangan dan juga penduduk.

Inisiatif ‘Belt And Road’ – Sumber: www.cnbc.com

Difahamkan, jalan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Silk Road Economic Belt (laluan darat) yang akan diwujudkan sepanjang koridor jalan Euroasia dari pantai Pasifik ke Laut Baltik, dan Maritime Silk Road (laluan laut) abad ke-21.

Xi berkata, projek tersebut akan mendatangkan manfaat besar yang akan membawa kepada kesejahteraan penduduk dan negara-negara di sepanjang laluan itu.

Apakah manfaatnya kepada Malaysia?

Menurut Perdana Menteri Malaysia,  inisiatif tersebut dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat selain daripada memberi manfaat dari aspek perhubungan yang holistik. Beliau berkata, Forum Kerjasama Antarabangsa untuk Belt And Road berkenaan mempunyai penekanan kepada perbincangan bersama, pembinaan bersama dan perkongsian bersama.

Menghadiri forum tersebut di Beijing bersama ketua kerajaan dan negara lain pada bulan lepas, beliau menyatakan bahawa ‘One Belt, One Road’ ini adalah pengganti kepada Laluan Sutera yang wujud suatu ketika dahulu.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.scmp.com

“Perkara ini amatlah dialu-alukan, dan saya yakin bahawa perjanjian yang akan ditandatangani para peserta kelak, termasuk Malaysia, akan meletakkan kita di landasan kukuh untuk mara ke fasa berikutnya dalam rancangan beliau (Presiden Xi) yang hebat ini,” kata beliau.

Ujarnya lagi, frasa “kerjasama menang-menang” adalah kata-kata yang didengari daripada China, dan terdapat juga pihak yang berasa ragu-ragu terhadap frasa itu.

Walau bagaimanapun, tambah Perdana Menteri, Malaysia daripada Pertubuhan Negara Asia Tenggara boleh melihat kebenaran yang terkandung di dalam frasa itu setelah membuat pertimbangan terhadap beberapa projek infrastruktur yang akan mengubah rentak permainan hasil daripada inisiatif tersebut.

Antara projek-projek yang diambil sebagai contoh adalah:

  1. Projek Kereta Api China – Laos
  2. Projek Kereta Api Laju Jakarta – Bandung
  3. Projek Kereta Api Laju Nakhon Ratchasima – Bangkok
  4. Projek Rel Pantai Timur di Malaysia

Tambah Perdana Menteri, landasan itu akan memacu ketersambungan serta pertumbuhan ekonomi bagi wilayah pantai timur Malaysia yang masih kurang membangun pada waktu ini.

Ia juga akan menjadi jambatan darat yang akan membolehkan barangan diangkut secara cekap kos dan masa antara Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.youtube.com

Walau bagaimanapun, menurut beliau, terdapat segelintir pihak dari pihak pembangkang yang mendakwa bahawa bersetuju dengan pelaksanaan projek ini ibarat “menjual kedaulatan negara”.

Membalas kritikan itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau ingin membina infrastruktur bertaraf dunia untuk Malaysia yang akan mendatangkan pelbagai manfaat seperti memajukan pelbagai kawasan di dalam negara, membawa lebih banyak perdagangan, ribuan pekerjaan baharu, taraf kehidupan yang lebih baik dan kemakmuran tanpa mengorbankan pemilikan rakyat tempatan.

“Sekarang adalah “Abad Asia”, maka marilah kita sama-sama memastikan ia tidak ditandai dengan keadaan huru-hara, perang atau permusuhan yang diwarisi daripada abad lepas.

“Sebaliknya, marilah kita sama-sama berpegang teguh kepada nilai saling menghormati antara kita, keamanan, keharmonian dan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara berdaulat lain,” kata beliau.

Sumber: Bernama, South China Morning Post

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998