#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


5 Perkara Yang Kita Dapat Daripada Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara


 

Dalam persembahan mengaggumkan, Real Madrid menjadi pasukan pertama mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara, membelasah Juventus 4-1.

Ini adalah permainan 2 masa, dengan Juve mendominasi separuh masa pertama tetapi kemudian seperti ditiup oleh Los Blancos pada babak kedua. Apa yang kita dapat pelajari.

1. Cristiano Ronaldo: Penyerang merbahaya dunia

CARDIFF, WALES - JUNE 03: Cristiano Ronaldo of Real Madrid celebrates scoring his sides third goal during the UEFA Champions League Final between Juventus and Real Madrid at National Stadium of Wales on June 3, 2017 in Cardiff, Wales. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

42 gol musim ini dalam 46 perlawanan. 105 gol dalam Liga Juara-Juara. 10 gol dalam 5 perlawnan akhirnya dalam Eropah, suku akhir Liga Juara-Juara, separuh akhir dan akhir. Menentang Bayern Munich, Atletico Madrid dan kini Juventus.

Gol pertama sangat mudah. Menerima bola dari penjuru kotak menolak kepada Dani Carvajal yang membuat overlap. Pemain Spain itu kemudia memotong bola itu semula ke penjuru kotak dan Cristiano dengan penyudah yang cantik merobek gawang gol Juventus yang terkena sedikit deflection.

1-0 Real Madrid dengan sepakan pertamanya pada perlawanan itu. Cristiano menjaringkan gol dalam 3 kali akhir Liga Juara-Juara. Kemudian selepas Casemiro memberikan Madrid pendahuluan, dia menyerang sekali lagi. Larian yang cantik yang meloloskan diri menerima hantaran dari Luka Modric.

Lupakan idea yang dia lakukan dari sayap, lelaki ini adalah penyerang. Penjaring sejati. Benzema, penyerang rasmi dalam sistime, meluangkan kebanyakan masa dengan meluaskan perlawanan dan pembunuh Real Madrid berlegar di ruang tengah, bersedia untuk menyambar. Dan sambaran yang dia lakukan, 2 kali, membuat aksi menarik yang menjadikan perlawanan akhir memihak kepada Real Madrid.

2. Mario Mandzukic menjaringkan gol terhebat dalam sejarah perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Dengan Zinedine Zidane memerhati daripada sisi padang, Mario Mandzukic merampas takhtanya. Tidak, bukan Liga Juara-Juara yang kukuh dalam genggaman Zidane terima kasih kepada persembahan pemainnya. Takhta menjaringkan gol terbaik dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Juventus' Croatian striker Mario Mandzukic celebrates after scoring their first goal during the UEFA Champions League final football match between Juventus and Real Madrid at The Principality Stadium in Cardiff, south Wales, on June 3, 2017. / AFP PHOTO / Glyn KIRK (Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Semestinya volley Zidane di Hampden Park adalah menakjubkan, tetapi sepakan overhead Mandzukic dalam Principality Stadium membuatkan orang ramai terpegun.

Juventus ketinggalan 1-0 kepada Real Madrid, rancangan awal permainan mereka seperti hilang. Mereka seperti pihak yang bagus dalam perlawanan akhir tetapi tiada balasan ganjaran. Kemudian Leonardo Bonucci menghantar hantaran kepada Alex Sandro dan pemain Brazil itu membuat hantaran ke dalam kotak dimana Gonzalo Higuain mendada kepada Mario Mandzukic.

Pemain Croatia itu mengawal bola dengan dada dan memusing, belakangnya menhadap gol, dan membuat sepakan. Bersanda kebelakang dan dengan pertahanan Madrid datang menutup ruang, Mandzukic mengangkat kakinya tinggi.

Bola meluru daripada sepakan Mandzukic dalam arka yang cantik. Keajaiban melembutkan keadaan. Kelihatan bola terbang dengan gerak perlahan menjunam ke aras Keylor Navas dan kedalam gawang gol. 1-1 dan sejarah tertulis.

3. Pemain tengah dua masa

Sepanjang tempoh masa pertama, pemain tengah Real Madrid  dihujung tanduk dengan tekanan menakjubkan oleh Juventus. The Bianconeri tahu bagaimana dan dimana hendak diberi tekanan kepada Real Madrid untuk mengganggu mereka, dan keputusan Juve adalah pihak lebih baik.

Tetapi pada separuh masa kedua, mereka tidak berdedikasi dengan tugas mereka, dan memberikan Real Madrid dan inci. Dan pemain tengah yang bijak hanya memerlukan seinci. Kemudian Luka Modric dan Isco menonjol dalam perlawanan dan Juventus tidak dapat mendekati mereka.

during the UEFA Champions League Final between Juventus and Real Madrid at National Stadium of Wales on June 3, 2017 in Cardiff, Wales.

Tekanan telah mula berada di belakang Juventus. Dan tidak seperti perlawanan sebelum ini tidak ada tanda Juve mengawal, Madrid telah mengambil kekuasaan, merampas ia daripada pihak lawan dari Itali dan menolak dan menekan Juve kebelakang dan kebelakng sehingga mereka duduk di kawasan Buffon.

Permainan di sudahkan oleh pemain tengah Real Madrid membuat percubaan daripada 30yard dimana terkena pemain Juventus melebehi agakan Gianluigi Buffon dan menerjah gawang Juve.

4. Juventus mengubah Dani Alves lebih daripada dia mengubah mereka

Juventus kini tewas 5 perlawanan akhir Liga Juara-Juara mereka pernah bermain: 1997, 1998 (menentang Real Madrid), 2003, 2015 dan kini 2017. Mereka pasukan hebat daripada Italy dan boleh mendominasi banyak pasukan dalam Liga Juara-Juara, tetapi apabila tiba perlawanan akhir mereka tewas.

CARDIFF, WALES - JUNE 03: Dani Alves of Juventus goes down in pain during the UEFA Champions League Final between Juventus and Real Madrid at National Stadium of Wales on June 3, 2017 in Cardiff, Wales. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Dani Alves tiba di Juventus sebagai juara. Pemenang bersiri. Dia telah main dalam 5 perlawnan akhir Eropah sebelum ini dan memenangi kesemuanya. 2005 dan 2006 dalam Piala UEFA bersama Sevilla. 2009, 2011 dan 2015 dalam Liga Juara-Juara bersama Barcelona. Apabila dia masuk ke Juve, Gianluigi Buffon menghantar dia mesej meminta dia mengajar Juve bagaimana hendak menjadi juara Liga Juara-Juara.

Pada akhirnya, dia tidak boleh mengajar mereka. Pada akhirnya mereka mengubah dia lebih daripada dia mengubah mereka. Walaupun mendominasi separuh akhir dan membantu Juve memenangi 2 piala, Dani Alves, bersama mereka yang di Juventus, jatuh kebawah tekanan Real Madrid pada separuh masa kedua. Los Blancos berdiri tinggi, La Vecchia Signora duduk dengan lelah dan mengeluh, melihat Dani Alves gagal pertama kalinya dalam perlawanan akhir terbesar Eropah.

5. Zinedine Zidane membuat Liga Juara-Juara sejarah, dan ia rasa betul

Zinedine Zidane adalah pengurus pertama sejak Arrigo Saachi 27 tahun sebelum ini mengungguli Liga Juara-Juara. Hampir 30 tahun jarak menunjukkan bagaimana mustahil untuk mengekalkan kejuaraan. Ia kelihatan sangat sesuai Zinedine Zidane adalah orang yang akhirnya melakukannya.

CARDIFF, WALES - JUNE 03: In this handout image provided by UEFA, Zinedine Zidane, Manager of Real Madrid gives his team instructions during the UEFA Champions League Final between Juventus and Real Madrid at National Stadium of Wales on June 3, 2017 in Cardiff, Wales. (Photo by Handout/UEFA via Getty Images)

Pasti, kemenangan mereka pada 2016 adalah bernasi baik daripada bawah ke atas. Dalam ujian yang lebih sukar untuk mengekalkan kejuaraan mereka menang. Mereka agung. Ya, nasib sekali lagi menjadi bahagia, terutama menentang Bayern Muninch dalam suku akhir dan dengan kesudahan dalam perlawnan akhir.

Mereka layak menerima kemenangan ini, perubahan yang mereka lakukan pada separuh masa kedua, cara Madrid mendominasi permainan, mereka layak menerima kemenangan. Ini sangat menakjubkan dan ia semua bergantuk kepada mindset yang Zinedine Zidane telah terapkan di Santiago Bernabeu.

 

Artikel Berkaitan