#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Wonder Woman Haram Di Lubnan


 

Beberapa bulan lalu, kecoh tentang penundaan filem Beauty and The Beast di Malaysia kerana mempunyai unsur homoseksualiti. Kali, ini perkara yang sama berlaku, tetapi lebih drastik apabila Lubnan mengharamkan penyiaran filem blockbuster Hollywood, Wonder Woman.

Filem itu diharamkan penayangannya  kerana pelakon utamanya, Gal Gadot pernah berkhidmat sebagai tentera rejim Zionis. Akibatnya, poster promosi filem Wonder Woman di Beirut terpaksa diturunkan serta-merta.

Keputusan itu mencetuskan debat hangat di media sosial dengan segelintir rakyat menyelar pengharaman manakala sebahagian lain memujinya sebagai menunjukkan pendirian dalam kempen memencilkan Israel.

Seorang pegawai Keselamatan Awam Lubnan memberitahu, kementerian dalam negeri memutuskan ‘melarang penyiaran filem ini berdasarkan saranan Pejabat Boikot Israel Liga Arab.’

Setakat ini, Lubnan satu-satunya negara Arab mengharamkan Wonder Woman yang akan ditayangkan di Mesir, Algeria serta Tunisa lewat bulan ini.

             Image result for new wonder woman movie

Lubnan dan Israel secara teknikal masih berperang dan Liga Arab mengekalkan pejabatnya di Damsyik yang bertanggungjawab menyelaraskan pemulauan terhadap negara Yahudi itu di peringkat serantau.

Kementerian ekonomi dan kebudayaan Lubnan yang memantau pemulauan terhadap produk Israel di dalam negara menyarankan filem itu diharamkan selepas memohon pejabat Liga Arab mengeluarkan perintah seumpama itu terhadap semua filem lakonan pelakon berusia 32 tahun itu.

Gal yang seperti kebanyakan golongan muda Israel diwajibkan menyertai program kerahan tenaga dan pernah menyuarakan sokongan terhadap tindakan Israel menyerang Hamas di Semenanjung Gaza.

Buat peminat tegar Wonder Woman di Malaysia, filem itu telah pun mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula minggu lalu.

Sumber: HarianMetro

Artikel Berkaitan