#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Perkhidmatan Ambulans dan Paramedik Pada Harga 10 Sen


 

APABILA Siti Fatimah Mat Nor, 28, hamil pada tahun lepas, beliau terpaksa membelanjakan sebanyak RM60 untuk perjalanan pergi dan balik dari Subang Bestari untuk pemeriksaan  kesihatannya di Shah Alam. Itu sahaja perbelanjaan yang mampu ditanggung Siti Fatimah, seorang OKU yang dilahirkan tanpa kaki.

Hanya suaminya sahaja yang bekerja sebagai penjaga kedai bagi menyara mereka berempat.

Apabila dia sedang hamil lapan bulan, Siti Fatimah ada terbaca tentang sebuah program khidmat pengangkutan yang berharga 10sen untuk mereka yang miskin dan sakit.  “Saya ada menghubungi mereka di bawah program ini tetapi telah diberitahu mereka tidak menawarkan perkhidmatan kepada kawasan saya.

“Bagaimanapun, mereka kemudian hubungi saya balik dan beritahu mereka akan memberi bantuan,” katanya lagi. Siti Fatimah merupakan salah seorang daripada keluarga miskin yang menerima bantuan daripada perkhidmatan 10sen itu.

Organisasi itu kini mempunyai tiga buah ambulans, empat buah kereta dan dua buah motosikal untuk membantu golongan miskin di Lembah Klang.

Pengangkutan yang disediakan di bawah perkhidmatan ini adalah kereta dan ambulans. Ia bertujuan untuk mengurangkan beban golongan yang sakit dan miskin serta mengelakkan pesakit dari terlepas temujanji kesihatan kerana kekurangan wang dan menghadapi kerumitan untuk mencari pengangkutan.

Pengasas Community Policing Malaysia

Pengasas Community Policing Malaysia,  Kuan Chee Heng telah memulakan program itu pada tahun lepas.

Pengasas Community Policing Malaysia, Kuan Chee Heng

“Saya tahu terdapat sesetengah pesakit yang perlu bangun seawal 5 pagi untuk menaiki bas yang pertama supaya dapat menepati waktu temujanji kesihatan mereka. “Ada yang perlu berjalan jauh dari perhentian bas ke hospital. “Kos perjalanan kadang-kadang mahal dan mengambil masa seharian.” kata Kuan lagi.

Khoo Voon Siong (kiri) dan Albert Kok adalah sebahagian daripada pasukan sukarelawan Community Policing Malaysia yang membuat rondaan dan memberi bantuan apabila diperlukan.

Ketiadaan pengangkutan awam yang membuat perjalanan terus kepada beberapa hospital kerajaan juga menyukarkan golongan warga emas dan mereka yang sakit.

Pesakit yang berdaftar dengan perkhidmatan itu akan dijemput dari rumah mereka dan dihantar ke hospital sebelum dihantar pulang kerumah dengan kos hanya 10sen atau percuma.

Kuan berkata hanya harga 10sen yang dicaj  kerana dia fikir orang ramai akan menghargai perkhidmatan tersebut. Ia juga bertujuan mengekalkan harga diri individu yang menggunakan perkhidmatan ini

Program yang pada mulanya dijalankan di Puchong, kini menghantar pesakit ke lima hospital kerajaan di Lembah Klang. Walaupun keutamaan diberikan kepada penduduk di Puchong, Serdang, dan Kinrara, pengecualian diberikan bagi kes-kes yang memerlukan.

Siti Fatimah menggunakan perkhidmatan pengangkutan 10sen apabila dia mengandungkan anak perempuannya, Felisha.

Pada masa ini, terdapat empat buah kereta tajaan yang digunakan, dua daripadanya diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. Lebih kurang RM3,000 diperlukan untuk menjaga sebuah kereta, termasuk untuk menampung gaji pemandu dan perkara lain-lain.

Cara Community Policing Malaysia Berfungsi

Kuan berkata latar belakang pengguna akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan perkhidmatan tersebut tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa mereka ialah dari golongan miskin.

Selepas beberapa perjalanan bersama-sama, Siti Fatimah dan pemandunya Siti Khadijah Kamaruddin, 33, telah menjadi kenalan. Siti Khadijah telah bekerja sebagai pemandu untuk program ini selama tiga bulan.

Beliau berhenti bekerja untuk melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan sejak itu.

“Saya tidak mendapat pendapatan yang besar tetapi saya rasa berpuas hati mengetahui saya sedang melakukan perkara yang baik,” katanya, sambil menambah bahawa antara penumpangnya adalah mereka yang menghidap kanser dan orang kurang upaya. Dia telah menjadi rapat dengan beberapa orang penumpang dan juga ada melawat Siti Fatimah selepas dia melahirkan seorang bayi perempuan.

Community Policing Ambulance terdiri daripada pembantu perubatan seperti Muhd Zulfakar yang bersungguh-sungguh membantu mereka yang memerlukan.

Perkhidmatan Paramedik

Lanjutan kepada program ini adalah perkhidmatan CP Ambulance dan motosikal yang menawarkan perkhidmatan paramedik. Ia bertujuan untuk mengendalikan mangsa-mangsa kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong dan juga menawarkan perhidmatan pergi dan pulang dari hospital bagi pesakit yang terlantar di katil.

Ambulans yang pertama telah dibeli dan diubahsuai menggunakan dana yang diberikan oleh orang ramai yang menyahut panggilan untuk pemberian derma di Facebook.

Ia telah dilancarkan di Kedah pada Mei lepas, dan di Puchong pada Februari lepas, di mana terletaknya ibu pejabat CP Malaysia. Kini terdapat tiga ambulans bersama lima orang anggota pasukan perubatan ditempatkan di Puchong, Tiga daripada mereka merupakan pembantu perubatan yang sah manakala yang lain sedang dilatih dalam pertolongan cemas.

Seorang pembantu perubatan Community Policing Ambulance sedang merawat seorang pesakit dalam perjalanan ke hospital.

“Kami meliputi kes-kes bukan kecemasan dan berita ini cepat tersebar kerana harganya yang murah serta memenuhi keperluan pesakit yang terlantar di katil,” kata Kuan.

Perkhidmatan ambulans disediakan pada 7 pagi hingga 7 petang setiap hari dan ditawarkan kepada mereka yang tinggal di Puchong, Kinrara, Serdang dan Kajang. Terdapat juga dua penunggang motosikal paramedik yang mampu untuk mencapai kawasan  kemalangan dengan lebih cepat.

Kuan memberi nama pasukan motosikal tersebut, Dayang Angels selepas seorang doktor memberinya idea untuk memulakan perkhidmatan 10sen itu.

Beliau berkata pasukan perubatannya bekerjasama dengan Hospital Serdang, yang akan menghubungi mereka apabila pesakit memerlukan pengangkutan untuk pulang ke rumah dari hospital.

“Apabila terdapat kes-kes kecemasan, kami akan menghantar penunggang motor atau ambulans,” kata Kuan, sambil menambah bahawa anggota-anggota CP meronda lebuh raya dan melaporkan kemalangan yang berlaku ke ibu pejabat.

Kos yang diperlukan adalah kira-kira RM12,000 sebulan untuk menjalankan perkhidmatan termasuk kos untuk bekalan, petrol dan gaji.

Kuan berkata terdapat rancangan untuk menambah bilangan paramedik motosikal supaya mereka dapat meliputi kawasan yang lebih besar.

Untuk meminta perkhidmatan 10sen ini, sila hubungi 011-5505 2148 (ambulans) dan 017-235 9055 (kereta).

Sumber: The  Star

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998