#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Harga Makanan: Pengguna Boleh Membuat Pilihan


 

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita mendengar aduan dari masyarakat bahawa harga makanan dan minuman di restoran, termasuk kedai mamak menjadi semakin mahal.

Memetik laporan The Star, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berkata, walaupun subsidi  gula telah dikurangkan dengan 34 sen sekilo, segelintir restoran telah menaikkan harga teh tarik sebanyak 50 sen.

Selain itu, wartawan Star Metro membuat perbandingan harga roti canai, teh tarik dan air suam di 10 restoran di sekitar Pusat Daerah Perniagaan Kuala Lumpur.

Mereka mendapati bahawa secara puratanya, segelas teh tarik berharga antara RM 1.20 dan RM 2.10, iaitu perbezaan harga sebanyak 75% manakala harga roti canai pula menyaksikan perbezaan sebanyak 60%, dengan harga di antara RM 1 dan RM 1.60.

Secara keseluruhan, harga purata makanan dan minuman berharga adalah di antara RM 2.30 dan RM 3.80. Ini bermakna bahawa perbezaan harga adalah 65% di restoran yang berlainan.

Harga bagi air suam pula adalah antara 20 sen dan 50 sen, namun hanya sebuah restoran sahaja yang tidak mengenakan bayaran.

Di segelintir restoran, mereka mempunyai televisyen skrin nipis, penghawa dingin, kerusi cantik dan tahap kebersihan yang agak memuaskan, manakala terdapat juga restoran yang panas, mempunyai kipas rosak dan persekitaran kotor.

Walau bagaimanapun, setiap pengguna mempunyai pilihan.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kerajaan tidak menetapkan harga untuk barangan dan perkhidmatan, namun mengawal harga barang keperluan seperti gula, petrol, minyak masak dan tepung.

Kementerian itu juga mempunyai Skim Kawalan Harga untuk barangan yang mempunyai permintaan tinggi semasa musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Guna Selan Marian berkata, pengusaha restoran dan kedai makan boleh menetapkan harga mereka tersendiri.

“Walau bagaimanapun, perniagaan boleh disiasat di atas mengaut keuntungan lebih jika terdapat perbezaan harga drastik atau aduan dari pengguna,” kata beliau sambil menambah bahawa pengguna perlu tahu harga sebelum membeli barangan atau mengambil makanan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Unit Anti-Pencatutan KPDNKK, Low Swee Hon menjelaskan bahawa Perintah Kawalan Harga 1993 mewajibkan peniaga untuk meletakkan tanda harga pada setiap barang di kedai mereka.

“Ini amat penting supaya pengguna boleh membuat perbandingan harga sebelum membeli dan memandangkan perintah itu adalah dari tahun 1993, ia hanya tertakluk kepada barang-barang tertentu di pasar raya dan pasar raya besar,” ujar beliau.

Selain itu, Guna Selan turut menegaskan bahawa resit yang dikeluarkan oleh restoran perlu menunjukkan harga setiap barang secara jelas dan menyeluruh, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014, pendaftaran GST adalah wajib bagi perniagaan yang meraih pendapatan tahunan sebanyak RM 500,000 atau lebih.

 

Sumber: The Star

 

 

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998