#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Cristiano Ronaldo: Sikap Penyokong Real Membuatkan Saya Merindukan Penyokong Manchester United


 

Penyerang Real Madrid Cristiano Ronaldo mengaku yang dia merindukan Manchester United apabila perlu bersabar dengan ejekan daripada penyokong Los Blancos.

Bercakap menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus hujung minggu ini, pemain Portugal ini membuka mengenai kekecewaan dia apabila penyokong Real Madrid berpaling tadah kepadanya walaupun menjaringkan 285 gol dalam 241 penampilan untuk kelab gergasi La Liga itu.

Di samping mengekalkan yang dia ‘gembira’ di Spain, pemenang 4 kali Ballon d’Or mengaku dia lebih gemarkan penyokong di Old Trafford berbanding kepada Santiago Bernabeu.

“Saya luangkan banyak tahun di Manchester United dan ia ” ‘boo’ daripada penyokong tuan rumah” tidak pernah berlaku kepada saya. Tidak sekali,” kata pemain 32 tahun kepada TV Spain La Sexta

14046

“Mungkin England kes lain, mentaliti berbeza.

“Saya sangat gembira berada di Spain tetapi sudah tentu saya juga merindukan England kerana anda tidak boleh padamkan kenangan.”

Ronaldo mengaku suasana tidak senang terhadapnya di Santiago Bernabeu menjadi sakit hati.

Dia berkata: “Saya tidak sukakan ia dan ia tidak biasa yang mereka mewisil anda di stadium anda sendiri. Saya tidak sukakan ia.

“Ia tidak sepatutnya menjadi kes pemain yang selalunya memberikan yang terbaik dan memberikan 100 peratus untuk pasukan, apabila dia melakukan kesalahan pertamanya dan orang mewisil.

“Ia tidak betul. Dan apabila anda pada detik yang sukar pada ketika itu anda perlukan sokongan daripada luar, tidak kurang. Kadang-kadang kami tidak ada benda itu.”

cristiano-ronaldo-617657

Bekas penyerang Sporting dan Manchester United menandatangani 5 tahun kontrak baru bersama pemegan takhta La Liga pada November 2016, dimana mengekalkan dia sebagai pemain berbayaran termahal kelab itu.

Pemain 32 tahun itu menegaskan dia mahu bermain untuk kelab itu sehingga umurnya mencecah sekitar 40.

Dia bersambung: “Saya katakan apabila saya menandatangani kontrak terbaru saya ia akan menjadi kedua terakhir dan saya akan bermain hingga saya 41.”

 

Artikel Berkaitan