#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


4 Lokasi Pelancongan Indah Tetapi Berbahaya


 

Sama ada berehat di pantai yang indah atau melibatkan diri dengan aktiviti menjelajah hutan yang mencabar semua orang yang pergi bercuti pastinya ingin kembali ke rumah dengan selamat.

Walaupun kebanyakan perjalanan berlangsung dengan lancar, terdapat beberapa destinasi di mana percutian boleh berakhir dengan bencana, sama ada ketika menikmati pemandangan yang indah di tepi pantai ataupun dalam cubaan mendaki gunung. Berikut adalah beberapa destinasi pelancongan indah namun berbahaya. Jadi pelancong-pelancong perlu mengamalkan sikap lebih berhati-hati apabila berada di tempat-tempat ini

Laluan Kokoda, Papua New Guinea

Bahaya terbesar kepada pelancong di  Laluan Kokoda  adalah  penyakit berkaitan penghadaman, jatuh dari trek, dan gigitan nyamuk serta beberapa serangga yang membawa Malaria

Lokasi hutan ini diketahui ramai semasa Perang Dunia ke-2, dan semenjak itu, ia telah menjadi lokasi di mana warga Australia pulang dan berkunjung untuk memberikan penghormatan kepada anggota tentera mereka yang telah terkorban dalam perang tersebut.

Laluan Kokoda yang mempunyai jarak sejauh 60 batu telah meragut nyawa enam orang pengembara Australia, dan menurut SBS World News, sehingga 50 orang terpaksa diangkut keluar melalui pengangkutan udara, Medivac.

Trek Papua New Guinea merangkumi kawasan hutan, sungai dan gunung.

Lawatan Gunung Berapi Hawaii Menerusi Helikopter

Hawaii mempunyai tiga gunung berapi aktif yang hebat. Ini menarik pelancong untuk menggunakan khidmat helikopter untuk melihat gunung-gunung berapi ini beraksi dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun  terdapat beberapa kejadian di mana pancutan lahar mencapai setinggi satu batu padu, dan beberapa pelancong telah terkena pancutan itu ketika merentasi gunung-gunung berapi tersebut.

Kedudukan helikopter yang dekat dengan lahar mengundang bahaya kepada pelancong dan juruterbang

Tiga puluh orang telah maut akibat perkara ini pada tahun 1995 dan 45 kes kecederaan serius telah direkodkad antara tahun 1992-2002.  Pada tahun 2007 mereka menghentikan lawatan berbasikal di Kilaluea, (gunung berapi paling aktif di muka bumi) kerana tiga orang pelancong telah maut pada tahun tersebut.

Walaupun, lawatan berbasikal telah dibuka semula, pelancong perlu menaiki kereta dan dipandu untuk sampai ke  puncak gunung berapi, sebelum mereka boleh menunggang basikal mereka dalam perjalanan ke bawah. Selain bahaya kehadiran lahar yang berapi, gas gunung berapi tersebut juga boleh membawa maut. Malah kecederaan serius boleh berlaku jika penunggang tiba-tiba hilang kawalan apabila menunggang basikal.

Death Road, ‘La Paz, Bolivia

Terkenal sebagai salah sebuah jalan yang paling berbahaya di dunia, Jalan North Yungas di Bolivia dikenali sebagai Death Road (Jalan Kematian). Ini kerana, pada setiap tahun, beratus nyawa manusia telah diragut apabila mereka melalui jalan ini

Death Road  di Bolivia menghubungkan kawasan hutan hujan Amazon di utara Bolivia, atau Yungas, ke bandar utama. Jalan utamanya merupakan satu lorong yang tidak mempunyai penghadang dan tebing sepanjang 600 meter. Menyebabkan kira-kira 300 kematian setiap tahun

Mempunyai ukuran sebanyak 43 batu panjang, serta setinggi 2000 kaki, laluan ini tidak mempunyai penghadang jalan yang berfungsi untuk mengelakkan penunggang basikal atau motosikal terjatuh daripada tepi tebing yang curam.

Pemandangan menakjubkan yang ditawarkan La Paz menarik lebih daripada 25,000 orang penunggang basikal gunung pada setiap tahun. Namun begitu, jalan tersebut diliputi oleh salib kayu kecil untuk menandakan tempat di mana kematian telah berlaku. Hal ini boleh mencapai sehingga 300 orang setahun.

Statistik itu dibuat selepas satu kajian telah dijalankan oleh Inter-American Development Bank yang mengisytiharkan ia merupakan Jalan Berbahaya Dunia.

Laluan  Pejalan Kaki, Gunung Hua Shan, China

 Laluan Pejalan Kaki Gunung Hua Shan, sejauh 2154 meter tersebut, merupakan salah satu antara laluan pejalan kaki yang paling berbahaya di dunia.

Laluan Gunung Hua Shan merangkumi pendakian sempit dan berbahaya ke puncak. Kira-kira 100 kematian dianggar berlaku setiap tahun

Sebuah laluan pejalan kaki yang kecil dipahat ke dalam sebuah gunung suci Tao, laluan ini merangkumi pendakian menegak, tangga yang curam dan laluan pejalan kaki yang sempit. Hanya terdapat seutas rantai kecil untuk dijadikan tempat berpaut.

Berduyun-duyun pelancong berkunjung ke tapak ini untuk sampai ke biara yang terletak di atas. Namun begitu perjalanan ini dipercayai telah meragut sebanyak 100 nyawa manusia pada setiap tahun.

Sumber: Daily Mail Online

Artikel Berkaitan