#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Patutkah Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro?


 

Kita sentiasa mencari cara-cara untuk memudahkan dan memendekkan masa yang  diluangkan untuk memasak, salah satu alat bertujuan untuk membuat proses ini lebih mudah adalah dengan memanaskan semula makanan dengan cepat menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Gelombang mikro pada asalnya dicipta untuk kegunaan radar tentera

Walaupun  ketuhar gelombang mikro adalah satu alat yang mudah untuk digunakan, apakah kesan-kesan yang mungkin timbul daripada penggunaan ketuhar mikro untuk tempoh masa yang lama?

Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi

Pada akhir Perang Dunia II, gelombang mikro dicipta daripada teknologi radar tentera. Ia adalah sejenis sinaran elektromagnet yang bergerak menerusi udara dalam bentuk gelombang. Gelombang mikro melantun mengenai bahagian dalam ketuhar gelombang mikro, ini menyebabkan molekul air dalam makanan akan bergetar berjuta-juta kali dalam satu saat dan memanaskan makanan dengan cepat.

Ilustrasi menunjukkan bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi

Ini dikenali sebagai pemanasan dielektrik. Tidak seperti makanan yang dimasak dengan cara biasa objek dalam ketuhar gelombang mikro dipanaskan dari bahagian luar ke dalam.

Perlu diketahui gelombang mikro digunakan dalam penyelidikan pengubahan DNA untuk mengubah dan menghancurkan sel-sel, memecahkan ia dan menjadikan ia sasaran yang mudah bagi mikroorganisma seperti virus dan kulat. Jika gelombang mikro boleh melakukan ini kepada sel-sel makanan, tidak diketahui bagaimana kesannya terhadap tubuh manusia.

Beberapa contoh kesan memudaratkan pengunaan ketuhar gelombang mikro pada nutrien dalam makanan anda:

  • Brokoli yang direndam dalam air dan dipanaskan dalam ketuhar mikro hilang sehingga 97% daripada antioksida yang berfaedah. Sebaliknya, brokoli yang dikukus hilang 11% atau kurang antioksidan yang dimilikinya. (Dari kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Makanan dan Pertanian isu November 2003.
  • Sebuah kajian yang dijalankan Jepun pada tahun 1998, oleh F. Watanabe menunjukkan bahawa hanya enam minit pemanasan gelombang mikro boleh menukarkan 30% -40% daripada vitamin B12 di dalam susu ke dalam bentuk lengai (mati).
  • Dalam kajian terhadap bawang putih, serendah 60 saat pemanasan gelombang mikro cukup untuk membunuh allinase, bahan aktif utama dalam bawang putih yang boleh melawan kanser. (Dari Journal Nutrisi, 2001)
  • Satu kajian terhadap asparagus yang dimasak mendapati bahawa gelombang mikro menyebabkan pengurangan vitamin C. (Dari Acta Agriculturae Scandinavica)

Bukan kerosakan terhadap makanan sahaja yang perlu dirisaukan

Pada suhu yang tinggi, walaupun bahan pembungkusan itu boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro, masih ada kemungkinan bahan kimia tersebut masih boleh bocor ke dalam makanan, dan pengambilan bahan kimia ini memberi  risiko kepada kesihatan. Antara contoh bahan kimia yang dikenalpasti merbahaya adalah BPA, plastik yang mempunyai ciri seperti hormon estrogen dan boleh menyebabkan masalah seperti kemandulan, libido rendah dan gangguan mental.

Alternatif Lain

Semua yang anda perlu  lakukan untuk terus hidup tanpa gelombang mikro  adalah dengan membuat beberapa perubahan dalam tabiat makanan anda:

  • Rancang terlebih dahulu.  Sediakan makanan anda terlebih dahulu supaya anda sentiasa mempunyai makanan yang sedia untuk dimasak pada hari-hari anda terlalu sibuk atau terlalu letih untuk memasak.
  • Gunakan pembakar roti untuk memanaskan makanan. Satu lagi pilihan adalah ketuhar perolakan. Kedua-dua alatan adalah selamat untuk digunakan dan peralatannya tidaklah mahal.
  • Cuba untuk menambah lebih banyak makanan mentah organik dalam diet anda. Makanan mentah tidak perlu  dipanaskan semula dan ini adalah cara terbaik untuk menambah baik kesihatan anda dalam jangka masa panjang.

Sumber: The Star

Artikel Berkaitan