#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Daripada Seorang Pengutip Bola Kepada Seorang Lagenda Roma


 

Francesco Totti menamatkan kariernya 25 tahun-nya bersama Roma dengan 786 penampilan dan penampilan terakhirnya pada Ahad kemenangan 3-2 ke atas Genoa pada hari terakhir musim Serie A.

Dia yang berusia 40 tahun muncul sebagai pemain gantian pada minit ke-54 untuk satu-satu kelabnya dan sekarang dijangka akan menjadi pengarah Roma – walaubagaimanapun ada khabar angin yang beliau akan bermain di tempat lain.

Ini adalah mercu tanda kariernya dan apa lagenda berkata tentang ikon Roma.

_96235301_totti1

 

  1. Francesco Totti hanya 16 tahun apabila dia pertama kali muncul untuk Roma sebagai pemain gantian pada 28 March 1993. Dia membuat satu lagi kemunculan pada musim itu dan 10 perlawanan seterusnya pada kempen 1993-94, menjaringkan gol pertama untuk kelabnya menentang Foggia.

_96235746_totti2

       2. Totti hanya 22 tahun ketika dia diberikan tugas kapten pasukan oleh pengurus Zdenek Zeman, menjadikan dia kapten termuda pasukan dalam sejarah Serie A.

_96235750_totti3

       3. Totti menjaringkan dalam kemenangan 3-1 ke atas Parma pada hari terakhir musim dan Roma memenangi takhta Serie A pada musim 2000-01. Ia kekal satu-satunya takhta Totti apabila                 dia tamat tempat kedua 8 kali.

_96235938_totti4

       4. Dia memenangi 58 caps untuk Italy, menjaringkan 8 gol, memenangi Piala Dunia 2006 di Jerman.

_96235974_totti5

       5. Totti menjaringkan 11 gol dalam Rome derby menentang Lazio, terkenal menyambut 2 gol-nya dalam 2014-15 dengan mengambil selfie bersama penyokong.

_96235982_totti6

       6. Secara kesuluruhan, Totti menjaringkan rekod kelab 307 gol dalam 786 perlawanan untuk Roma.

_96236000_totti7

       7. Dalam perlawanannya menentang Inter Milan musim ini, penyokong rival Lazio memegang kain rentang mengatakan: “Kami telah menjadi musuh sepanjang hidup kami, tetapi kami tabik            awak Francesco Totti.”

_96252779_totti_reuters

       8. Totti dikerumi oleh jurugambar apabila dia dinamakan pada bangku simpanan untuk ‘Totti Day’, pada hari terakhirnya untuk kelab menentang Genoa.

_96252889_totti_corner

       9. Dia muncul pada minit ke-54 menentang Genoa seterusnya Roma menang pada minit akhir untuk mendapatkan tempat dalam Liga Juara-Juara.

 

Kata-kata Totti:

“Memenangi sekali takhta di Roma untuk saya adalah lebih berbaloi memenangi 10 di Juventus atau Real Madrid.”

“Hanya ada satu pemain yang lakukan sesuatu saya tidak mampu lakukan – dan ia adalah Messi.”

“Saya membesar bermain bola untuk Roma dan saya mahu mati bermain untuk Roma.”

‘Tuhan Bola Sepak’ – apa yang mereka katakan tentang Totti:

Lagenda Argentina Diego Maradona: “Francesco Totti adalah raja Rome. Dia adalah dan akan menjadi pemain terbaik yang saya pernah lihat! #Respect”

Penjaga Gol Juventus dan Italy Gianluigi Buffon: “Beberapa gol beliau menentang saya adalah sangat menakjubkan dimana saya mungkin akan rosakkan karya agungnya jika saya berjaya menepisnya.”

Bekas Pengerusi Roma Rosella Sensi: “Totti adalah pemain terbaik yang pernah menyarung baju Roma.”

Bekas Pemain Tengah France Michel Platini: “Totti adalah artis bola sepak, pemain number 10 sebenar seperti saya.”

Bekas Penyerang Inter Milan Sandro Mazzola: “Totti adalah tuhan bola sepak. Saya lihat dia main semasa saya 16 dan saya terkejut, dia tahu segalanya: hantaran, rembat, free-kicks, penalti.”

Bekas Pemain Tengah AC Milan Gianni Rivera: “Totti lebih baik daripada Roberto Baggio dan Alessandro del Piero, dan lebih baik daripada saya.”

Bekas Jurulatih Itali Marcello Lippi: “Totti adalah monumen bola sepak Itali.”

Bekas Pengurus Roma Claudio Ranieri: “Francesco adalah juara sebenar, profesional, seorang yang mempunyai hati emas dan dia adalah kapten Roma.”

Bos Roma Luciano Spalletti: “Dia telah mencapai begitu banyak. Totti adalah anugerah untuk pecinta bola sepak di serata dunia. Kami semua mencintai dia disini.”

Artikel Berkaitan