#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pemain Piano Selamatkan Kucing Jalanan Tercedera


 

Seorang pemain piano, menyelamatkan sembilan ekor kucing jalanan dan memberikan mereka tempat tinggal. Kini mereka adalah penonton paling setia  dan keluarga terdekatnya .

Inilah Sarper Duman dan rakan-rakan kucingnya. Sarper Duman adalah seorang pemain piano yang tinggal di Istanbul, Turki. Selain mempunyai minat mendalam dalam bidang muzik, dia setia dengan keluarga kucingnya.

Menyelamatkan Kucing Jalanan

Dia menyelamatkan semua kucingnya yang dari jalanan dan membela mereka sehingga kembali sihat.  “Saya mempunyai sembilan kucing sekarang. Semua kucing saya merupakan kucing jalanan yang mengalami kecederaan dan saya membantu mereka dengan memberi rawatan,” Duman memberitahu Love Meow.

“Hampir setiap malam, saya bermain piano di rumah dan setiap kali saya duduk untuk mula bermain, semua kucing saya berkumpul di sekeliling saya.  Mereka suka duduk berhampiran dengan saya dan mereka suka tidur berhampiran piano.”

Mereka suka duduk di atas keyboard apabila dia tidak memainkannya.

Layan Kucing Seperti Raja dan Permaisuri

Duman melayan setiap kucingya seperti raja dan permaisuri.

“Mereka sentiasa dalam keadaan tenang, dan saya kini lebih tenang kerana mereka,” Duman memberitahu Love Meow.

Salah seekor kucingnya buta, dan mereka suka duduk bersahaja bersama-sama untuk mendengar burung-burung berkicauan.

“Antara saat-saat yang menggembirakan bagi Veysel apabila ia berada di tingkap. Mendengar kicauan burung-burung dan menghirup udara segar adalah aktiviti kegemaran kami. Saya duduk bersahaja selama satu jam pada setiap hari di tingkap dengan bidadari saya”

Kucing Penonton Setia

Setiap kali dia bermain, kucing-kucing berkumpul di sekelilingnya  dan mendengar.

Mereka adalah peminat setianya. Kadang-kadang mereka suka bermain dengan Duman  atau  memberi dia sorakan berterusan apabila dia memainkan sebuah karya yang indah

Salah seekor kucingnya sangat sukakannya, seterusnya berduet dengan Duman.

Duman baru sahaja menyelamatkan dan mengalu-alukan kucingnya yang ke 9 ke dalam keluarga besar mereka.

Pada setiap hari dan malam, hari Duman dipenuhi dengan banyak pelukan.

Dia menyelamatkan nyawa mereka dan memberikan mereka tempat tinggal untuk selama-lamanya, dan kini mereka adalah sahabatnya yang paling setia.

“Mereka merupakan hidup saya, jiwa saya, dan sumber ketenangan saya,” Duman memberitahu Love Meow.

Sumber: Love Meow

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998