#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Luiz: Kembali Ke Chelsea Adalah Berbaloi


 

David Luiz berkata keputusan untuk mengambil gaji kurang dan kembali ke Chelsea adalah wajar dengan peluang untuk menyempurnakan the Double pada Akhir Piala FA,

Pemain Brazil 30 tahun meninggalkan untuk ke Paris St-Germain dengan perjanjian £50m pada 2014, memenangi Liga Juara-Juara, Piala FA dan Liga Eropah bersama Chelsea.

nintchdbpict000325599519

Dia memenangi 3 kemenangan domestik sebelum kembali pada Ogos dengan jumlah £34m.

“Saya tidak selalu suka hidup senang,” katanya. “Sebab itu saya mengambil risiko dan saya amat gembira. Ia adalah keputusan yang tepat.”

Pemain pertahan itu meneruskan: “Saya suka risiko. Dalam kehidupan jika anda tidak mengambil risiko anda tidak akan merasakan sesuatu yang baru. Bukan sahaja kehidupan profesional anda, saya rasa adalah setiap hari.

“Saya memotong gaji saya untuk kembali ke sini. Tetapi ia adalah ok. Tuhan telah memberikan saya banyak jadi saya amat gembira dengan ini.”

Luiz telah memenangi Piala FA tetapi terlepas perlawanan akhir 2012 menentang Liverpool kerana kecederaan hamstring sebelum kembali untuk memenangi Liga Juara-Juara pada penalti.

“Saya tidak mahu lepaskan yang ini. Saya mahu main, saya mahu cuba berikan yang terbaik untuk pasukan,” tambahan beliau.

Chelsea menanti liga dan Piala FA Double untuk kali kedua dalam sejarah mereka dan Luiz memberi kredit kepada pengurus Itali, Antonio Conte untuk menjadi pengasah mental untuk kempen kejuaraan dalam musim pertama di England.

“Conte adalah seorang yang baik, karakter yang baik dan dia bersemangat – dia sukakan bola sepak,”

nintchdbpict000314230469

“Pada hari saya tiba kami berjalan bersama dan dia cuba terangkan falsafah permainan bola sepaknya.

“Dia berkata kepada saya: ‘Kamu adalah pemain yang saya mahukan dalam pasukan dan untuk menambah baikkan pasukan.’ Dan kemudian saya berkata kepadanya: ‘Saya akan berkerja keras untuk kamu dan pasukan.’ Dan itulah.”

Artikel Berkaitan