#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


5 Pengalaman Mendebarkan Untuk Dicuba Di Asia


 

Anda hanya hidup sekali! Jika anda mahu merasai pengalaman yang mendebarkan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk merasai deruan adrenalin tersebut.

  1. Sky Diving (Terjun Udara) Di Dalam Bangunan-Singapura

Jika anda ingin merasa pengalaman terjun udara,  namun tidak mahu untuk melompat keluar dari kapal terbang atau menghadapi risiko cuaca buruk anda boleh cuba pengalaman Sky diving di dalam bangunan adalah jawapannya.

Ia boleh didapati di Sentosa iFly Singapura, salah satu kemudahan skydiving di dalam bangunan terbesar di dunia, dengan terowong angin bertema yang pertama  dan terbesar di dunia (ia berukuran 5m lebar dan mempunyai tinggi hampir lima tingkat).

Anda akan merasai situasi terbang dan jatuh secara bebas, sama seperti pengalaman terjun udara sebenar. Ia berhawa dingin sepenuhnya, serta anda dapat melihat pemandangan indah Laut China Selatan. Harga bermula daripada S $ 119 (RM372) untuk dua terjunan, dan jurulatih yang mahir turut akan hadir untuk menyelia pengalaman penerbangan hebat ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ifly.com

  1. Snorkeling di Palawan, Filipina

Mempunyai kehidupan marin  yang menakjubkan dan air yang jernih, tidak menghairankan aktiviti snorkeling di pulau Palawan di Filipina merupakan aktiviti popular bagi mereka yang menggemari pengembaraan laut.

Antara lokasi yang lebih popular adalah di Coron dan El Nido.

  1. Trek ke Base Camp Everest, Nepal

Jika anda ingin  merasai pengalaman mendaki Gunung Everest, (gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848m di atas paras laut) tanpa benar-benar mendaki, anda boleh  ke Base Camp  Selatan Everest pada ketinggian 5,364m.

Ini adalah satu pengembaraan yang berbaloi  kerana ia  bukan sahaja menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan, tetapi  ia juga menawarkan peluang untuk menyelami budaya tempatan yang unik.

Masa terbaik untuk pergi ke sana adalah pada bulan Mac hingga Mei, atau September hingga Disember. Anda boleh mengupah seorang  pemandu perjalanan atau ‘porter’, atau menempah perjalanan anda melalui syarikat dakian yang ada. Anda hanya perlu terlebih dahulu menyemak untuk memastikan mereka berdaftar dengan Trekking Agencies Association di Nepal. Untuk maklumat lanjut, layari: www.taan.org.np

  1. Kite-Surfing di Mui Ne, Vietnam

Mui Ne di Vietnam menawarkan pelbagai sukan air yang menarik seperti luncur angin, luncur air, jet-ski dan berkayak. Untuk lebih memuaskan hati mereka yang menggemari adrenalin, ada juga aktiviti  kite- surfing.

Ia sama namun tidak serupa dengan aktivti luncur air atau luncur angin. Kite-surfing adalah sebuah aktivti  di mana anda perlu meluncur di  atas papan  skateboard atau kiteboard yang telah diubahsuai ke atas ombak sambil memegang payung terjun yang seakan layang-layang  serta  bergantung kepada hanya angin untuk menolak anda ke hadapan.

Terdapat beberapa pusat kitesurfing di mana anda boleh belajar mengenai sukan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.kitesurfingmuine.com

  1. Bungee jumping di Macau, China

Apa yang lebih mendebarkan daripada  melompat dari sebuah menara tinggi? Jika ini menarik minat anda,  anda  boleh cuba aktiviti bungee jumping di Menara Macau.

Sebagai pusat bungee jumping komersial tertinggi di dunia pada ketinggian 233m, ia agak berbeza dari melompat dari tebing atau jambatan, kerana tidak terdapat sungai, tasik atau laut di bawah – hanya  terdapat konkrit tulen dan pemandangan kaki langit di sekitarnya. Selain itu terdapat juga beg udara yang direka khas yang menyambut pendaratan anda.

Menara Macau dibuka tujuh hari seminggu, 365 hari setahun, namun begitu ia bergantung kepada keadaan cuaca.

Jika anda ingin merasai  sesuatu yang berbeza, anda juga boleh melakukannya pada waktu malam! Untuk maklumat lanjut, layari: www.ajhackett.com/macau/activities/bungy/

Sumber: Star2.

Artikel Berkaitan