#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Jerawat Pada Tubuh: Ketahui Sebab Dan Cara Merawatnya


 

Selain daripada jerawat yang kerap tumbuh di muka, kehadiran jerawat di tubuh juga boleh merungsingkan mereka yang menghidapinya. Jerawat tumbuh di anggota badan  akibat pelbagai punca yang berlainan. Berikut ialah 5 bahagian badan di mana jerawat kerap tumbuh dan cara mengatasinya dengan mudah.

Belakang Dan Bahu

Jerawat di belakang boleh disebabkan oleh tali beg sandang atau pakaian sintetik yang ketat. Jika anda mempunyai banyak jerawat merah kecil, ia mungkin tindak balas kepada bahan pembersih atau bahan kimia di rumah. Kerap makan makanan berlemak dan bergoreng juga boleh menyebabkan kemunculan jerawat.

Jerawat seperti ini boleh dirawat dengan baik dengan mengunakan mandian bersumberkan air masin seminggu sekali atau cuci bahagian berjerawat dengan campuran cuka epal serta air dengan nisbah 1:2

Dada

Antara penyebab utama jerawat muncul di dada anda adalah kerana alahan kepada serbuk pencuci atau gel mandian. Jerawat juga boleh tumbuh  akibat tindak balas  kepada minuman sejuk, rempah, dan makanan laut.

Hal ini boleh dirawat dengan mencampurkan sedikit tepung penaik soda dengan air, dan urut kulit anda dengan campuran  yang terhasil. Kemudian cuci dengan air suam.

Leher

Kolar yang ketat boleh melecetkan kulit dan menyebabkan jerawat tumbuh di leher. Jerawat yang tumbuh di leher juga boleh diakibatkan oleh alahan terhadap syampu atau perapi rambut. Antara penyebab lain bagi jerawat yang kerap tumbuh di leher adalah kerap makan manisan.

Cara merawatnya adalah dengan menyapu leher anda dengan kapas yang dibasahi jus lemon atau limau, dan diamkan selama 10 minit, sebelum mencucinya dengan air suam.

Lengan

Jerawat di bahagian ini boleh disebabkan oleh masalah yang dialami sistem penghadaman, reaksi alahan kepada sabun pencuci atau  antibiotik . Jika anda kerap ke kolam renang, sauna, atau gimnasium anda mungkin telah  dijangkiti  kulat yang boleh menyebabkan keradangan dan seterusnya menyebabkan timbulnya jerawat .

 Jika jerawat anda bukan disebabkan kulat, maka jerawat tersebut boleh  dihapuskan  dengan  menggunakan  jus kentang: Potong kentang menjadi dua, dan sapukannya pada kawasan yang mengalami masalah ini. Anda boleh mencucinya selepas setengah jam.

Kaki

Kurang menjaga kebersihan dan pemakaian pakaian sintetik yang ketat adalah sebab-sebab yang paling biasa menyebabkan kemunculan jerawat  di kaki. Jerawat juga boleh berlaku selepas bercukur apabila anda mencukur bulu kaki  dengan pisau cukur yang tumpul  atau bertentangan dengan pertumbuhan bulu.

Cara merawatnya adalah dengan menambahkan 5-6 titis minyak ‘tea tree’ ke dalam sabun mandian  anda, dan cuci seperti biasa.

Sumber: Brightside

Artikel Berkaitan