#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Kostum Adiwira: Selesa atau Seksa?


 

Kostum adalah prop yang paling penting dalam sesebuah filem adiwira. Watak-watak wira akan diingati melalui kostum yang dipakai oleh mereka. Kostum juga boleh menjadi sumber kuasa kepada seseorang adiwira. Kostum adiwira kelihatan cantik dan ‘cool’ ketika dipakai oleh pelakon watak adiwira tersebut namun pernahkah anda terfikir jika kostum-kostum itu benar-benar memberi keselesaan atau penyeksaan kepada mereka?

Ini adalah antara pelakon yang pernah memegang watak adiwira dan terseksa dengan kostum mereka.

# Spider-Man (Andrew Garfield)

Image result for spiderman movie costume

Garfield membenci hubungannya dengan kostum Spider-man. Kostum itu mungkin kelihatan baik tetapi ia tidak selesa untuk dipakai. Garfield berkongsi bagaimana paparazzi telah mengambil gambar punggungnya dari pelbagai sudut yang berbeza dalam kostum ketat itu ketika penggambaran filem pertamanya di pusat bandar LA. Gambar-gambar itu tidak digemari Garfield!

# Black Widow (Scarlett Johansson)

Related image

Black Widow kelihatan ranggi dalam kostumnya namun  Scarlett Johansson basah berpeluh dalam stoking kostum itu. Kostum serba hitam itu sangat panas sehingga peluh di stokingnya boleh diperah pada akhir penggambaran. Scarlett mempunyai beberapa helai kostum kerana pelakon aksi akan memakai kostum masing-masing sehingga dia memerlukan yang baru.

# Mystique (Jennifer Lawrence) 

Image result for mystique

Lawrence terpaksa menjalani proses solekan yang menyeksakan selama tujuh jam setiap kali melakonkan watak Mystique. Walaupun Lawrence suka bekerja dalam filem X-Men, menahan proses solekan yang lama membuatkannya rimas. Nasibnya baik apabila proses solekan telah dikurangkan kepada kira-kira tiga jam dalam filem X-Men Days of Future Past dan X-Men Apocalypse. Untuk sekuel berikutnya, Mystique akan memakai sut baru dan bukan lagi menggunakan solekan cat.

# Black Panther (Chadwick Boseman)

Image result for black panther

Begitu berat untuk Boseman memaksa dirinya menyarungkan kostum catsuit hitam dalam cuaca panas. Dalam sebahagian aksi, tiada bekalan udara langsung yang melalui sut itu. Peluh menitik ke tubuhnya dan Boseman tidak dapat menggaru dengan kuku Vibranium yang melengkapi kostum itu.

# Batman (Ben Affleck)

Image result for batman ben affleck

Ben menggelar kostum Batmannya sebagai perkara yang paling tidak masuk akal dan memalukan dalam dunia. Batsuit itu membataskan pergerakannya dan Ben berasa malu menggayakannya kerana kostum itu tidak menampakkan sikap liar seperti Batman.

# Harley Quinn (Margot Robbie)

Image result for harley quinn margot robbie

Harley Quinn mungkin menggemari kostum itu kerana kelihatan seksi dan menyeronokkan tetapi tidak bagi Robbie kerana seluar kostum itu agak keterlaluan. Robbie bimbang dan tidak selesa bila penonton akan mula memandangnya dengan pandangan nakal.

# Psylocke (Olivia Munn)

Image result for Psylocke (Olivia Munn)

Watak Munn sebagai Psylocke dalam X-Men Apocalypse telah dikecam kerana berpakaian terlalu mendedahkan. Munn mengakui bahawa kostum itu tidak selesa dan terlalu mendedahkan di beberapa tempat yang tidak sepatutnya. Tetapi Munn meyakinkan bahawa sifat Psylocke adalah tentang siapa dirinya dan bukan apa yang dipakai.

Sumber: looper.com

Artikel Berkaitan