#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Patutkah Makan Sebelum Bersenam?


 

PERLUKAH anda makan sebelum berjoging atau menuju ke gim?

Terdapat ramai doktor-doktor pakar dalam bidang sukan  mengesyorkan pengambilan  hidangan yang kaya dengan protein dan karbohidrat sekurang-kurangnya tiga jam sebelum memulakan senaman.  Walau bagaimanapun, satu kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal American Physiological Society,  menunjukkan percanggahan terhadap nasihat ini.

Secara tradisionalnnya, doktor menyarankan untuk makan sebelum bersenam

Kajian Terkini

Penyelidik di University of Bath telah menjalankan kajian terhadap sekumpulan 10 peserta lelaki muda yang secara sukarela telah menyertai kajian ini.  Semua peserta kajian mempunyai berat badan berlebihan.

Dalam ujian  yang pertama, mereka  disuruh untuk berjalan selama 60 minit dengan penggunaan 60 % oksigen secara maksimum semasa perut kosong. Dalam ujian yang kedua, mereka perlu berjalan selama dua jam selepas mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat dan berkalori tinggi.

Kajian menunjukkan lebih baik bersenam dengan perut kosong

Para saintis telah mengambil  beberapa sampel darah  dari sukarelawan-sukarelawan tersebut. Sampel darah telah diambil dari peserta-peserta pada masa-masa tertentu- iaitu selepas makan, ketika berpuasa dan selepas bersenam.

Mereka juga telah mengumpul sampel tisu adipose sebelum dan satu jam selepas  peserta-perserta tersebut menjalani ujian berjalan kaki.

Para saintis mendapati bahawa  penghasilan  gen  dalam tisu adipose adalah jauh berbeza dalam kedua-dua ujian.

Penghasilan dua gen terutamanya,  PDK4 dan HSL, meningkat apabila sukarelawan tidak makan sebelum bersenam. Namun begitu penghasilan gen ini menurun apabila mereka makan sebelum bersenam.

Makan vs Berpuasa Sebelum Senaman

Para penyelidik mendapati apabila seseorang tidak makan (berpuasa), tubuh sesorang menggunakan lemak yang disimpan sebagai tindak balas kepada tenaga yang digunakan semasa bersenam dan menyediakan bahan bakar yang diperlukan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.

Namun begitu,  jika seseorang makan dahulu selepas bersenam, karbohidrat dari makanan yang baru dimakan pula yang akan digunakan sebagai bahan bakar.  Dalam kes  ini, hasilnya, ia tidak menyebabkan lemak dibakar. Ini tidak bagus untuk mereka yang berniat ingin menurunkan berat badan.

Menurut kajian ini, bersenam semasa perut kosong boleh mencetuskan perubahan yang lebih baik dalam tisu adipose,  ia memberi manfaat kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.

Walaupun saiz sampel kajian yang dilakukan agak kecil, ia merupakan kajian pertama yang seumpamanya yang  menunjukkan kesan yang dialami tisu adipose apabila seseorang  bersenam selepas makan berbanding apabila seseorang bersenam semasa perut kosong (berpuasa).

Sumber: The Sun

Artikel Berkaitan