#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Menang Rancangan Masakan Gordon Ramsay Guna Resipi Nenek


 

Seorang penganalisis data Malaysia menggunakan resipi neneknya dalam menyediakan hidangan sekaligus menang dalam satu episod rancangan pertandingan masakan terbaru Gordon Ramsay di Britain.

Michelle Yong, 27, memenangi Episod 12 rancangan Culinary Genius, terbitan Studio Ramsay yang kini ditayangkan melalui rangkaian iTV.

Related image

Yong, yang sudah menetap di London selama tujuh tahun, menyediakan hidangan  Sweet Sour King Prawns, resipi yang diilhamkan oleh mendiang neneknya.

“Saya sangat seronok menyertai pertandingan itu dan memenangi episod Culinary Genius adalah sesuatu yang tak terduga,” kata Yong yang dilahirkan di Kajang.

Yong yang telah bekerja sebagai penganalisis data dalam industri permainan video sejak lima tahun yang lalu, dipilih selepas menunjukkan pengetahuan dalam penyediaan pelbagai jenis masakan dan minatnya dalam dunia masakan.

Terdapat 20 episod keseluruhan dalam rancangan Culinary Genius dan setiap episod menyaksikan sembilan tukang masak amatur bersaing menyediakan masakan. Seorang chef profesional yang berbeza akan menguruskan dapur setiap minggu dengan menunjukkan demonstrasi dua daripada tugas-tugas memasak untuk peserta.

Yong diberi penghormatan apabila hidangannya diadili  oleh Phil Vickery, seorang chef selebriti di Britain. Peserta tidak tahu bahan-bahan yang akan digunakan untuk memasak supaya semuanya spontan. Yong mengakui bahawa agak sukar bertanding dengan peserta lain yang berbakat besar dalam persekitaran yang tertekan.

Para finalis hanya mempunyai dua minit untuk mencari apa yang ada dan memilih bahan-bahan yang akan digunakan. Mereka tidak dibenarkan untuk kembali ke pantri selepas masa tersebut.

Image result for culinary genius itv

Yong, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia sebenarnya berhasrat untuk memasak hidangan lain tetapi bahan-bahannya tidak ada dalam pilihan. Jadi, dia perlu menambah baik dan menggunakan bahan-bahan itu untuk membuat hidangan cili ketam resipi neneknya ketika zaman kanak-kanaknya.

Melengkapkan masakan dan hidangan dalam tempoh 25 minit adalah sesuatu yang mencabar namun semuanya berhasil apabila juri menyukai hidangan yang disediakan oleh Yong.

Walaupun Yong tidak pasti apa yang akan berlaku dalam perjalanan kulinarinya, dia yakin masih banyak yang perlu dipelajari.

 

Sumber: thestar

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998