#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


V4KL: Sukarelawan Membersihkan Bandar KL


 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh menjimatkan lebih daripada 50% kos untuk kerja-kerja pembersihan dan pengindahan melalui pengambilan sukarelawan, menurut pengarah eksekutif Pembangunan Sosio-Ekonomi, Datuk Ibrahim Yusoff.

Ibrahim menjelaskan bahawa kos kerja-kerja seperti  itu meningkat  apabila diberikan kepada kontraktor, yang akan mengenakan bayaran bagi tenaga kerja dan logistik.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin merasmikan V4KL di Stadium Bukit Jalil

Beliau menambah, disebabkan Sukan SEA yang akan berlangsung  pada bulan Ogos, DBKL telah membersihkan kawasan jalan raya dan kawasan berhampiran dengan pusat-pusat sukan dan hotel untuk memastikan bandar KL indah dipandang.

“Jadi kami memulakan Volunter For Kuala Lumpur (V4KL) dan telah merekrut lebih daripada 4,000 orang sukarelawan, terutamanya belia setakat ini, untuk menjalankan pekerjaan yang mudah seperti membersihkan dan mengecat penghadang jalan

“Pada hari ini sahaja,  kami ada  lebih daripada 1,000 orang  sukarelawan dari kawasan parlimen  Lembah Pantai dan Bukit Bintang yang membersihkan dan mengecat sekatan jalan raya di kawasan Medan Pasar.

“Sebelum ini, kami telah  mengadakan acara yang sama di Bukit Jalil dengan sukarelawan dari kawasan Seputeh.

“Kami juga akan menganjurkan satu lagi acara yang sama di pusat bandar dengan sukarelawan dari kawasan Titiwangsa,” dia berkata demikian pada majlis pelancaran kempen V4KL di Dataran Medan Pasar.

Acara ini telah dirasmikan oleh Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Raffi.

Walaupun tidak ada had umur, Ibrahim berkata, DBKL mengalu-ngalukan penyertaan belia-belia.

“Hari ini, terdapat ramai pelajar dari institusi pengajian tinggi yang menyertai acara ini. Kami mahu rakyat Malaysia mempunyai semangat kekitaan dan cintakan negara.

Peserta-peserta sukarelawan mengecat penghadang jalan

“Belia hari ini perlu ditanam dengan semangat patriotisme kerana merekalah yang  akan menentukan masa depan negara,” katanya.

Acara di Medan Pasar dimulakan dengan sesi Zumba, sebelum sukarelawan ditugaskan untuk bekerja dalam kumpulan masing-masing di kawasan-kawasan yang berlainan.

Pelajar-pelajar  kolej Nurul Nadirah Othman, 21, dan Suzana Talib, 21, merupakan antara peserta-peserta yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan ini.

Nurul Nadirah berkata mereka tahu pasal acara ini melalui rakan-rakan mereka dan fikir ia merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan pada hujung minggu.

“Kami tidak  mempunyai rancangan lain, jadi kami mengambil keputusan untuk membantu. Suasana acara ini meriah seperti berada di karnival, “katanya.

Suzana, berasal dari Pahang, katanya jarang dapat pergi berjalan-jalan di bandar dan ini merupakan satu peluang yang baik untuk melihat tempat-tempat menarik yang  berdekatan.

Sumber: The Star

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998