#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pasar Malam Berciri Asia Di Amerika


 

Lebih kurang lima tahun yang lalu, pasar malam mula  muncul di bandar-bandar utama di seluruh Amerika Syarikat, hal ini merupakan kesan pertemuan kedua-dua penduduk Asia dan Amerika yang semakin berkembang di AS. Masyarakat Asia Timur merupakan kaum minoriti yang paling pesat berkembang di AS-berjumlah 19.4 juta. Selari dengan peningkatan ini, terdapat juga peningkatan mereka yang berminat akan makanan asli masyarakat Asia Timur.

Udang besar di panggang di pasar malam di Asian Garden Mall di Westminster Calif.

Sekitar tahun 2010, pasar malam telah dibuka di Chicago, Cleveland, kawasan metropolitan Los Angeles, New York City, Philadelphia dan Pittsburgh. Beberapa pasar malam dimulakan oleh individu Asia-Amerika muda yang mahu mencipta semula  keadaan yang kelam kabut dan pantas bergerak yang ada pada pasar malam di Asia,  di kediaman mereka kini. Tidak semuanya milik masyarakat Taiwan dan Vietnam. Sebaliknya, pasar malam ini  telah berkembang dan mempunyai campur aduk budaya dan makanan yang mencerminkan masyarakat campuran yang wujud di sana .

“Merupakan  satu keputusan yang penting bagi kami  untuk tidak meniru keadaan pasar malam di Taiwan,” kata Jonny Hwang, 35 tahun, pengasas Pasar Malam 626  di San Gabriel Valley,  yang teletak kira-kira 10 batu dari  timur  Los Angeles. “Kami mahu identiti kami sendiri.”

Pasar malam dimulakan ketika pemerintahan  Dinasti Tang di China sekitar tahun 600. Apabila tibanya Dinasti  Song, ketika abad ke-12, ia  telah berkembang menjadi lebih kompleks dan lebih teratur. Di pasar malam ketika itu sudah terdapat mereka menjual daging panggang, roti berinti dan buah-buahan kering.

” Masyarakat di  China mempunyai  pusat  makanan komersil  yang telah berkembang lebih lama daripada di Eropah,” kata Fuchsia Dunlop, seorang penulis Inggeris yang pakar dalam seni masakan Cina.

Pasar malam kian berkembang di seluruh Asia, menurut satu kajian terdapat 95 pasar malam  yang beroperasi setiap minggu di Kuala Lumpur, Malaysia. Di bandar-bandar seperti Bangkok, makanan jalanan merupakan teras  bagi masakan tempatan di sana, dijual siang dan malam dari kereta tolak dan gerai-gerai. Pasar malam Bangkok klasik kini telah berkembang daripada hanya menjual makanan lewat malam  bagi mereka yang balik dari kelab malam ke  pusat  membeli-belah sebenar untuk masyarakat bandar kelas pertengahan yang muda dan agak kaya.

Di Amerika Syarikat, kemunculan pasar malam – yang adakalanya mampu menarik berpuluh-puluh ribu orang – dilihat oleh penganjur sebagai penanda  bagaimana masyarakat Asia-Amerika telah menerima budaya tempatan di samping mengenali diri mereka sendiri.

Hwang mengimbas kembali  ketika dia masih seorang remaja Taiwan yang sedang membesar di Amerika, di pinggir bandar Los Angeles, bagaimana  keluarganya dan keluarga yang lain berusaha untuk menyesuaikan diri.

Seorang pelanggan memegang sepinggan bank tomhot, makanan berasal dari vietnam

“Walaupun kami ketika itu menikmati makanan kami,  kami tidak benar-benar menerimanya,” kata Hwang, yang  mana pasar malamnya menyediakan makanan Taiwan klasik dan hidangan fusion seperti taco pho dan burger ramen. “Saya tidak pernah memaksa kawan-kawan saya untuk cuba tauhu busuk.”

Dia berkata,  ” kini orang Asia sudah mula menerima hakikat bahawa ‘Hey, kami ada  makanan yang benar-benar lazat’. Dan mereka yang  lain pun  berminat untuk mencuba makanan itu.

Beberapa pasaran AS jauh lebih berbeza daripada pasar malam yang asal yang terdapat di Asia. Chef selebriti, Anthony Bourdain sedang mencipta  pasar Bandar New York City yang besar yang akan dibuka sehingga lewat dan mempunyai aura pasar malam yang wujud di Asia.  Di pasar malam ini juga ada  menyediakan gerai-gerai makanan oleh chef-chef terkenal seperti April Bloomfield.

Namun, mewujudkan pasar malam di  AS memerlukan ketekunan. Peniaga perlu sering kali menyakinkan penguatkuasa-penguatkuasa tempatan dengan kebolehan mereka, dan mereka juga perlu menepati kod kesihatan yang sedia ada. Di Westminster, kira-kira 35 batu dari selatan Los Angeles, wujudnya halangan dari segi budaya, di mana mereka perlu   jelaskan kepada masyarakat bukan Asia di sana  mengapa pasar malam perlu wujud.

Kentang spring seperti yang terdapat di Malaysia ada dijual di sana

“Susah untuk masyarakat kami untuk faham pada mulanya,” kata Kathy Buchoz, bekas Datuk Bandar Westminster dan perunding untuk syarikat pengurusan Asian Garden Mall. “Namun begitu, kami faham akan kewujudan pasar tani.”

Buchoz kata pegawai-pegawai  mempunyai keraguan tentang berapa ramai orang akan tertarik dengan perkara ini, namun begitu ia berjaya  menarik 3000 orang setiap malam di hujung minggu. Perkara ini mmerupakan  rahmat  bagi peniaga seperti Max Nguyen dan rakan kongsinya. Mereka mula membuka gerai di pasar itu tiga tahun lalu dan kini  pada setiap malam mereka dapat jual kira-kira 2,000 paun sotong panggang setiap malam.

Sumber: The Denver Post

Artikel Berkaitan