#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Vaksin Denggi Bukan Untuk Semua Golongan Umur


 

Rakyat Malaysia tidak  perlu terlalu bimbang tentang mendapatkan tanda-tanda penyakit denggi yang teruk daripada penggunaan vaksin denggi. Hal ini kerana ia tidak dibenarkan bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan umur yang mudah terdedah kepada denggi, menurut Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA).

Ahli jawatankuasa persatuan tersebut,  Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata vaksin tersebut merupakan vaksin denggi pertama yang diperkenalkan di dunia oleh Sanofi Pasteur. Penggunaannya hanya dibenarkan untuk individu yang berusia sembilan hingga 45  tahun serta bukan pada kanak-kanak yang lebih muda, kerana ia boleh menyebabkan tanda tanda seperti penyakit denggi selepas suntikan

 

Beliau berkata fenomena tersebut diterangkan oleh pakar penyakit denggi,  Dr Scott Halstead  bertahun-tahun lalu,  bahawa pesakit yang telah menerima vaksin, apabila mengalami jangkitan denggi kedua  kelihatan tidak mempunyai tanda-tanda  penyakit denggi.

Teori Antibody-Dependent Enhancement

Dr Halstead, merupakan individu pertama yang mengenal pasti fenomena peningkatan bergantung kepada antibodi (ADE), berkata jangkitan terhadap salah satu daripada empat jenis virus yang membolehkan berlakunya jangkitan denggi kedua boleh menyebabkan penyakit yang teruk, termasuk demam denggi berdarah.

Teori ADE tersebut  menerangkan bahawa semakin lama tempoh antara jangkitan jenis virus denggi berbeza, penyakit ini akan menjadi semakin teruk. ADE diperhatikan berlaku berikutan satu kajian ke atas tikus dan kemudian apabila wabak kurang serius berlaku di Cuba daripada denggi virus Jenis 1 diikuti oleh kejadian yang lebih teruk dari  kes virus denggi jenis 2, 1-2 dekad selepas kejadian pertama.

Fenomena yang sama dilihat berlaku pada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti virus denggi. Ia dengan ketara meningkatkan kemungkinan kanak-kanak dijangkiti penyakit ini dan mengalami penyakit yang lebih teruk.

 Dr Zulkifli, yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia Pasifik, berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, yang berkata bahawa salah satu kesan  buruk vaksin denggi adalah bahawa individu tersebut boleh mengalami penyakit denggi yang teruk atau menghidap sindrom kejutan denggi.

Agensi Pengawalseliaan Farmasi Kebangsaan telah mengumumkan di laman web baru-baru ini bahawa vaksin itu telah diluluskan untuk  kajian selepas pendaftaran di Malaysia (fasa 4) oleh Penguatkuasaan Kawalan Dadah selama dua tahun dan boleh digunakan pada mereka yang berusia sembilan hingga 45 tahun.

Kajian Menunjukkan Kesan Negatif Pada Kanak-Kanak Berusia 9 tahun Ke bawah

Menggunakan data milik Sanofi Pasteur, pemilik Syarikat Sanofi Pasteur Dengue yang menunjukkan  fasa 3 ujian klinikal vaksin tersebut, Dr Halstead dan rakan penyelidiknya, Dr Philip K. Russell menunjukkan bahawa – semasa tahun ketiga kajian tersebut dilakukan, terdapat  lebih ramai pesakit dimasukkan ke hospital akibat denggi dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun atau lebih muda yang telah menerima vaksin, daripada mereka yang tidak menerima vaksin tersebut. Kajian ini melibatkan lebih 35,000 kanak-kanak dari 10 negara yang dilanda wabak denggi .

Dengvaxia imerupakan vaksin denggi terbaru yang dikembangkan oleh Syarikat Sanofi Pasteur Dengue

Data menunjukkan bahawa 54.2% daripada kanak-kanak tersebut seronegative, yang bermaksud darah mereka disahkan tidak mempunyai virus itu, setelah dimasukkan dalam kajian percubaan.

Dr Halstead dan Dr Russell menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Vaccine pada Februari tahun lepas. Dr Russell berkata syarikat tersebut tidak langsung menangani fenomena ADE mahupun memberikan penjelasan yang baik mengenai risiko yang tinggi yang dihadapi oleh kalangan kanak-kanak seronegative.

Walaupun syarikat itu menegaskan bahawa mereka hanya vaksinkan kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas, Dr Russell mengatakan umur hanyalah “satu isu kecil bagi mereka yang tidak pernah menghidap denggi sebelum ini). Mereka perlu terus menangani ADE dalam fasa ke-4 kajian. “

Dr Zulkifli berhujah bahawa mungkin terdapat banyak sebab-sebab lain kanak-kanak yang tidak pernah menghidap denggi akan menghidap  denggi yang teruk  dan kanak-kanak sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai “orang dewasa yang kecil” secara  psikologi.

Beliau berkata, satu-satunya cara untuk mendapat keputusan yang betul terhadap keberkesanan vaksin secara asasnya, adalah dengan menggunakannya selaras dengan apa yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa, dan dengan pemantauan yang baik.

Sumber: The Star & New Straits Times

 

Artikel Berkaitan