#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Seni Jalanan Di George Town Tersenarai Sebagai Destinasi Pilihan Pelancong Antarabangsa


 

George Town, Pulau Pinang telah tersenarai bersama beberapa lokasi seni jalanan lain yang terkenal di dunia dalam sebuah buku terbitan Lonely Planet.

Mural jalanan menarik dan dinding berwarna-warni bandar George Town telah membawa perhatian ramai pelancong ke bandar itu sebagai sebuah kota seni jalanan di dunia selain kawasan popular seperti New York, London, Barcelona, Berlin, Paris, Melbourne dan San Francisco.

Buku seni jalanan tentang 42 bandar raya di seluruh duni telah menyenaraikan George Town sebagai satu-satunya destinasi seni jalanan yang terdapat di benua Asia.

Bandar George Town satu-satunya lokasi seni jalanan di Asia yang diiktiraf oleh Lonely Planet.

Selain artis stensil British, Banksy di London, dan artis mosaik Perancis,  Invader yang  dapat dijumpai di bandar-bandar Eropah, buku  panduan pelancong baru ini telah memaparkan hasil seni jalanan yang terbaik di George Town.

Buku ini menengahkan mural jalanan yang menonjol oleh artis-artis dari Lithuania-Ernest Zacharevic, dari Rusia- Julia Volchkova, dari Britain-Thomas Powell, dan dari Jerman- Addison Karl serta beberapa nama tempatan seperti Fuazan Fuad dan Persatuan Artis Seni Bandar Untuk Haiwan Terbiar.

Lokasi-lokasi di mana terdapatnya seni jalanan di Georgetown, Penang

Kids on A Bicyle hasil seni terkenal Zacharevic dan  Indian Boatman yang membanggakan adalah hasil seni Volchkova yang juga telah diiktiraf sebagai hasil seni jalanan pilihan dari  buku tersebut.

Untuk melihat landskap bandar George Town menerusi mata artis jalanan, pengunjung digalakkan supaya bermula di Lebuh Armenian, Lorong Stewart, Lebuh Muntri, Lebuh Ah Quee, Lebuh Chulia, dan Pusat Seni Hin Bus Depot.

“Buku ini boleh digunakan sebagai titik permulaan perjalanan anda di George Town, dengan menengahkan beberapa bandar-bandar utama di seluruh dunia yang menjadi pilihan popular supaya anda boleh merasai sendiri hasil karya seni jalanan tersebut.

Ia juga sebagai panduan untuk membolehkan anda meneroka kawasan-kawasan seni jalanan popular yang terdapat  di  setiap bandar,” menurut Ed Bartlett, individu yang bertanggungjawab mengkompilasikan Street Art dari seluruh dunia.

Buku kompilasi seni jalanan di serata dunia terbitan Lonely Planet

Barlett yang berpangkalan di London merupakan seorang kurator bebas dan pengasas ‘The Future Tense’, satu inisiatif seni yang sering mengadakan pertunjukan dan pameran, serta dikenali sebagai pencungkil bakat-bakat baru.

Tambahnya lagi, “Kini,  percambahan seni jalanan yang sah dan perayaan-perayaan yang dianjurkan di seluruh dunia memudahkan seseorang untuk menemukan hasil seni  yang menguji pemikiran dan mengubah minda di tempat yang paling tidak disangka-sangka. Orang ramai sering mengembara ke serata dunia khusus untuk merasai sendiri seni jalanan ini.

Sumber: The Star

Artikel Berkaitan