#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Saintis AS Berjaya Hapuskan HIV Dalam Tikus


 

Para saintis di Amerika Syarikat telah berjaya menghapuskan HIV daripada seekor tikus yang telah diletakkan sel imun manusia yang dijangkiti penyakit itu.

Ini juga merupakan kajian pertama yang meraih kejayaan dalam merawat haiwan yang dijangkiti.

Kajian baru dari Temple University dan University of Pitssburgh itu adalah kesinambungan pada kajian yang dijalankan pada tahun 2016, di mana kumpulan saintis yang sama berjaya menghapuskan HIV dari sel-sel di piring petri menggunakan alat mengedit gen, iaitu Clustered Regularly Interspaced Short Palindromic Repeats (CRISPR).

“Kajian baru kami lebih koprehensif,” kata Profesor Madya di Temple University, Wenhui Hu, yang mengetuai kajian itu.

“Kami mengesahkan data daripada kerja-kerja kami sebelum ini dan meningkatkan kecekapan strategi mengedit gen,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, mereka juga mendapati bahawa strategi itu berkesan pada dua lagi model tikus, di mana satu mewakili jangkitan akut dalam sel tikus dan seekor lagi mewakili jangkitan kronik dan tersembunyi di dalam sel manusia.

 CRISPR, yang dilabel sebagai “gunting molekul,” menghapuskan virus menggunakan asid ribonukleik (RNA) yang berfungsi sebagai pencari virus HIV.

Setelah dikenal pasti, satu enzim khas akan membuang virus itu daripada sel yang dijangkiti.

Hu berkata, mereka akan menjalankan kajian yang sama terhadap monyet yang disifatkan sebagai haiwan yang lebih sesuai.

Ujarnya lagi, matlamat terakhir mereka adalah untuk mengadakan percubaan klinikal kepada pesakit manusia.

Sumber: RT

 

Artikel Berkaitan