#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


YouthsToday Bantu Golongan Belia


 

YToday Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan November 2014 oleh usahawan sosial Jazz Tan Yee Mei. Kematian ayahnya yang dibunuh ketika usianya 14 tahun telah memberi kekuatan untuk Tan membantu belia jalanan dan menyumbang kepada masyarakat.

jazz-photo

Jazz Tan yee mei

YouthsToday bertujuan untuk memperbaiki kehidupan pelajar dan anak-anak muda dengan menghubungkan organisasi dan belia. Ia membantu organisasi memenuhi objektif tanggungjawab sosial dengan melibatkan diri dengan belia di samping menyediakan pembiayaan, sumber dan sokongan mentor untuk aktiviti masyarakat dan universiti.

Matlamat utama pengasanya adalah untuk membantu anak-anak dari jalanan dengan meletakkan mereka dalam program-program pembangunan belia.

YouthsToday menggandingkan projek pelajar dalam talian dengan organisasi penaja dengan mengambil potongan kecil daripada jumlah penajaan.

YouthsToday diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai rakan kongsi kurikulum pilihan untuk lebih 60 universiti dan 300 kelab pelajar di Malaysia.

Syarikat itu kini bekerjasama dengan lebih daripada 50 rakan kongsi organisasi berpengaruh termasuk Maybank, Sony, dan KFC.

Related image

Sehingga Mac 2016, YouthsToday menghubungkan lebih 40,000 belia yang aktif menganjurkan acara, meliputi berjuta-juta orang dewasa dan pelajar universiti di seluruh negara.

Platform ini mempunyai lebih daripada 50,000 pengguna baru-baru ini dan mengumpul $250,000 dari Gobi Partners. Tan merancang untuk mengembangkan YouthsToday dari Malaysia ke pasaran Asia Tenggara yang lain.

Kejayaan Tan, 27, dalam menguruskan YouthsToday juga turut membuatkan beliau tersenarai dalam Forbes 30 dalam kategori usahawan sosial.

Sumber: e27.co

Artikel Berkaitan

Post Tags

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998