#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Australia Ketatkan Ujian Kewarganegaraan


 

Australia mengumumkan rancangan untuk meletakkan “nilai-nilai Australia” sebagai keperluan yang lebih sukar untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berkata negaranya adalah sebuah negara yang luar biasa di mana bangsanya tidak ditakrifkan melalui kaum, agama atau budaya seperti kebanyakan negara lain.

turnbull_3

perdana menteri Turnbull

Orang-orang Australia dikenali dengan sikap berkomitmen kepada nilai-nilai yang sama iaitu nilai-nilai politik, kedaulatan undang-undang, demokrasi, kebebasan, saling menghormati dan kepercayaan kepada kesaksamaan hak antara lelaki dan wanita.

Nilai-nilai asas terbabit adalah gambaran sebenar yang mendefinisikan rakyat Australia. Oleh itu, Perdana Menterinya percaya bahawa proses kewarganegaraan seharusnya mencerminkan nilai itu sekaligus dapat menjadikan Australia negara yang lebih kukuh dengan warganegara dan rakyat yang  lebih kuat.

Langkah itu dibuat bagi menangani isu lebihan populasi dan kebangkitan semula parti anti-imigresen yang diketuai oleh Pauline Hanson.

Calon-calon yang ingin mendapatkan status kewarganegaraan perlu mengikuti peraturan baharu di mana taraf penduduk tetap hanya akan diberi selepas empat tahun menetap berbanding satu tahun seperti yang dijalankan sekarang.

Mereka juga perlu menunjukkan rekod kerja yang baik dan bagaimana mereka bergaul dengan masyarakat tempatan.

Keperluan baru ini akan mengetatkan ujian sivik semasa dan soalan-soalan berkenaan Australia seperti isu keganasan domestik akan digunakan.

Calon perlu menunjukkan bahawa proses mendapatkan status warganegara tersebut bukan sahaja sebagai satu proses pentadbiran sebaliknya menunjukkan komitmen kepada budaya Australia, setia kepada negara, cekap bahasa Inggeris, menetap selama empat tahun dan berintegrasi.

2939828-3x2-940x627

penduduk Australia bersamaan 0.33% daripada jumlah penduduk dunia

Kerajaan Australia juga turut memansuhkan program visa untuk pekerja asing sementara dan digantikan dengan sistem baru yang bertujuan untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan warga Australia.

Turut bersetuju dengan tindakan keras Presiden Amerika, Donald Trump, Turnbull berkata rejim baru ini akan menjadi nyata, dijalankan secara ketat dan tegas demi kepentingan negara dan memberi keutamaan kepada rakyat Australia.

Pindaan undang-undang baharu kewarganegaraan ini akan dimasukkan dalam parlimen tidak lama lagi.

Sumber: Thestar

Artikel Berkaitan