#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Taiwan Sedia Menerima Pelancong Muslim


 

Masyarakat Muslim yang minat berjalan-jalan dan melancong boleh menambah Taiwan sebagai salah satu destinasi pilihan mereka. Negara itu kini kian lebih mesra pelancong Muslim.

Selain taman alam semula jadi yang indah, taman-taman hiburan yang menarik dan pusat membeli-belah yang meriah, terdapat juga beberapa buah masjid dan restoran yang menghidangkan makanan halal  untuk pelancong muslim.

Presiden Persatuan Ejen Perjalanan dan Pelancongan, Datuk Hamzah Rahmat menyatakan kekurangan makanan halal, yang selalu menjadi halangan bagi masyarakat Muslim, bukan lagi satu isu.

“Sama seperti Jepun dan Korea Selatan, Taiwan kini sedia untuk menerima pelancong Islam dari Malaysia,” kata Hamzah pada majlis perasmian pameran pelancongan ke-43 semalam.

Menurut Tony Wu, Pengarah Biro Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur, kini terdapat lebih 100 restoran di negara itu yang disahkan halal.

“Jumlah itu berkembang dengan pesat setiap bulan,” kata Wu.

Salah sebuah restoran halal yang ada di Taiwan

Menurut Wu lagi, dalam tahun lepas sahaja,   30 000 pelancong Muslim telah ke Taiwan, jumlah itu disangka akan meningkat ke 100 000 orang pada hujung tahun ini

Sebagai sebuah negara Islam sederhana, Malaysia adalah gerbang  untuk meneroka pasaran pelancong  Muslim yang lebih besar,” kata Wu.

Indeks Pelancong Muslim Global dihasilkan oleh MasterCard-Crescent Rating menganggarkan bahawa pelancong Islam menyumbang kepada 10% daripada keseluruhan industri yang berjumlah 117 juta orang pada tahun 2015.

Jumlah pelancong Muslim dijangka akan mencecah 168 juta orang pada tahun 2020.

Sementara itu, Sempena Tahun Melawat Perak 2017,  ia berharap dapat menarik seramai 8.5 juta pelancong dengan keajaiban ekologi dan sejarahnya. Selain daripada lebih 60 acara di peringkat negeri yang diadakan di negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kesenian dan Kebudayaan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata terdapat peningkatan pelancong dari 4 juta orang  pada tahun 2011 kepada 7.9 juta pada tahun 2015. Menurut beliau lagi,  terdapat pelbagai insentif dan pakej-pakej untuk membawa masuk lebih ramai pelancong.

“Mereka menggemari makanan, warisan, budaya dan khazanah negara ini. Kami berharap inisiatif yang banyak, terutamanya dalam  pelancongan domestik, akan menjadikan usaha kami berbaloi  “katanya lagi.

Sumber: The Star

Artikel Berkaitan