#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Newcastle Kembali Ke Liga Perdana


 

Rafa Benitez lebih dikenali dengan tahap lebih tinggi berbanding English Championship tetapi pengendali dari Spanyol itu optimis dan membimbing Newcastle United bermain di divsyen 2 dengan misi untuk kembali ke Liga Perdana.

nintchdbpict000319136370

Kegembiraan Benitez begitu jelas selepas beliau berjalan-jalan di tengah padang, memberi tepukan kepada penyokong dan menumbuk udara selepas melihat pasukannya menunduk Preston 4-1. Kegembiraan itu jarang dikeluarkan musim ini selelpas tergelincir untuk mengejar tahta tetapi, walaupun dengan dua kekalahan dan seri untuk tiga perlawanan sebelum ini, kepercayaan tidak dibenarkan surut daripada penyokong yang tidak berhenti menyemangatkan permainan Newcastle.

image8

Terlibat dengan kekacauan untuk beberapa tahun sebelum ini, apabila penyokong mempunyai masalah dengan pemilik kelab Mike Asley namun pengendali dari Spain, Rafa Benitez layak menerima kredit kerana menyatukan semua pihak. Selepas tamat di tangga kelima di Liga Perdana pada 2012 dibawah pengendalian Alan Pardew, kemudian menyaksikan Newcastle selamat daripada zon penyingkiran dua kali sebelum ter  singkir pada musim lepas selepas tewas kepada musuh ketat Sunderland.

nintchdbpict000319141027-e1493071822447

“Daripada hari terakhir musim lepas apabila kami menewaskan Tottenham 5-1, saya ingin menunjukan kesetiaan saya dan membina semula pasukan ini,” kata Benitez.

“Saya sangat gembira untuk pasukan, penyokong, untuk semua pihak.”

Segala keraguan pada bekas pengendali Liverpool yang membawakan mereka juara Liga Juara-Juara pada 2005 terbukti sebaliknya.

Artikel Berkaitan

70-494 700-505 300-135 642-980 640-875 70-411 1Z0-821 70-981 GCIH 200-125 70-247 210-451 210-260 1V0-601 642-997 220-901 500-007 350-018 70-412 VCS-273 010-151 70-331 400-051 2V0-641 IIA-CGAP M270-740 RCDD PMP CISA 642-998