#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Pelbagai Pengalaman Menarik Untuk Dirasai Sendiri di Macau


 

Macau merupakan sebuah kawasan kecil di negara China yang mempunyai keluasan sebesar 30 kilometer persegi.  Seni bina, gaya hidup dan makanan di sana amat dipengaruhi  campuran budaya barat dan timur yang mewarnai kehidupan masyarakat di  Macau.

Di Macau, sama ada anda ingin menikmati persekitaran luar yang hebat, melibatkan diri  di dalam budaya tempatan, membeli belah atau hanya menikmati makanan yang enak, anda boleh dapati semuanya di  sini.

Tetapi tidak semua pengalaman di Macau hanyalah mengenai keseronokan. Ia juga menawarkan beberapa pengalaman pembelajaran yang hebat untuk semua golongan umur. Antaranya adalah:

1.Macau Science Centre

Macao Science Centre

Macao Science Centre mempunyai  skrin sebesar di dunia, bersaiz 8000×8000 piksel. Macau adalah bandar ketiga di dunia selepas Beijing dan Hong Kong yang mempunyai skrin ini.

Pusat ini juga mempunyai sistem projeksi berdefinisi tinggi 3D di Teater Angkasa di Planetariumnya. Ia merupakan sistem digital pertama di dunia yang dilengkapi dengan definisi ultratinggi dan kesan visual 3D.

Terdapat juga model dengan saiz yang sama seperti kapal angkasa Shenzhou-VII sebenar serta beberapa robot pintar untuk mengagumi pelawat yang ingin berkunjung ke sana.

2. Communications Museum

Pengunjung juga boleh melakukan sendiri eksperiment dan berseronok di Communications  Museum yang merekodkan dan meraikan kemajuan yang telah dicapai oleh bidang telekomunikasi.

3. Macao Giant Panda

Atau anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai panda di Macao Giant Panda Pavilion di Taman Seac Pai Van Park di Coloane.

Panda-panda di Macao Giant Panda Pavilion

Selepas menikmati sesi pembelajaran yang menyeronokkan anda boleh melibatkan diri dengan mencuba pelbagai pengalaman lasak  yang mendebarkan, seperti:

1.Batman Dark Flight 4D

Anda boleh menikmati kejutan adrenalin dengan mencuba Batman Dark Flight 4D, simulasi penerbangan pertama di dunia yang bertemakan wira DC Comics.

2. Bungy Jumping di Menara Macau

Seterusnya, takluki Menara Macau setinggi 338 meter yang menawarkan pemandangan bandar yang luas, sebelum mengambil bahagian dalam sesi bungy jumping yang dicatat dalam Guinness World Record sebagai bungy jump yang  tertinggi di dunia dari platform yang terletak 233 meter di menara tersebut.

Alami keseronokan jatuh dengan bebas selama 4-5 saat  dengan kelajuan sehingga 200 kilometer sejam untuk rasa debaran yang hebat.

Bungy jumping dari Menara Macau

3. Sky jump

Jika itu tidak mencukupi, anda boleh cuba SkyJump yang menggunakan teknologi Fan Descenders yang membolehkan penggemar aksi-aksi lasak  untuk terbang melalui udara pada 75 kilometer sejam tanpa melantun atau menyongsang, sebelum mendarat pada kelajuan yang selesa.

4. Skywalk X

Kemudian, anda boleh cuba  Skywalk X, pengalaman berjalan kaki  tanpa pemegang tangan di lingkaran luar utama menara, dengan jarak 233 meter dari tanah. Keselamatan anda dijamin oleh sistem rel di atas kepala yang pertama di dunia.

Pelawat merasai sendiri pengalaman Skywalk X

5. Golden Reel

Atau anda boleh cuba Golden Reel, roda ferris yang mempunyai bentuk 8 yang pertama di Asia dan di dunia. Tergantung sejauh 130 meter di antara menara hotel berkembar, Studio City, ia mempunyai 17 kabin bertemakan steampunk yang menawarkan pemandangan bandar Macau dari pelbagai  sudut yang berbeza.

Ketika berada di Macau anda boleh akhiri lawatan anda dengan mengenali budaya tempatan di sana  dengan menerokai Anim’Arte Nam Van, yang diuruskan bersama oleh Biro Hal Ehwal Kebudayaan, Biro Sukan, Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao (MGTO) dan Institut Pengajian Pelancongan.

Projek ini bertujuan untuk mengubah Nam Van Lakeside Plaza menjadi hab percutian pantai yang  menggabungkan seni, riadah dan makanan di satu tempat.

Sumber:   The Sun Daily  China Highlights

Artikel Berkaitan

Post Tags