#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Rodrigo Duterte, Individu Paling Berpengaruh Di Dunia


 

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dinobatkan sebagai individu yang paling berpengaruh di dunia dalam sebuah tinjauan pendapat (poll) awal majalah TIME bagi tahun 2017.

Menurut laporan CNN Philippines, majalah TIME meminta pembacanya untuk memilih siapa yang patut dimasukkan dalam senarai individu paling berpengaruhnya menerusi satu kajian atas talian.

Dalam tinjauan pendapat itu, Duterte menerima 5% daripada keseluruhan undian “ya”.

Kedudukannya diikuti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Pope Francis, Bill Gates dan Mark Zuckerberg, yang menerima 3% undian “ya” setiap seorang.

Secara keseluruhan, TIME menyenaraikan 114 personaliti yang mereka anggap ‘layak’ untuk berada dalam senarai “TIME 100.”.

Selepas setiap undian, tinjauan  tersebut secara automatik menunjukkan pembaca majalah itu semua peratus undian “ya” atau “tidak”.

Sejak pelantikannya sebagai presiden tahun lalu, Duterte menerima kritikan antarabangsa berhubung kempen perang dadahnya yang terlalu radikal.

Namun, beliau masih menerima “sangat bagus” dalam sebuah penilaian kepuasan pada suku pertama tahun 2017 berdasarkan satu kajian Stesen Cuaca Sosial.

Menurut Ernesto Abella, seorang jurucakap presiden, Duterte disanjungi oleh rakyat Filipina dan komuniti antarabangsa kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bertindak untuk kebaikan bersama.

“Beliau mengutamakan kepentingan awam dahulu, terutamanya keperluan dan aspirasi golongan miskin dan orang biasa,” kata Abella yang merujuk kepada keputusan tinjauan pendapat majalah TIME.

Pada bulan Disember 2016, Duterte berada dalam senarai 74 Individu Paling Berkuasa majalah Forbes, di mana beliau berada di tangga yang ke 70.

Senarai rasmi 100 Individu Paling Berpengaruh TIME yang akan dipilih oleh editor mereka akan di umumkan pada 20 April ini.

Sumber: Arab News

 

Artikel Berkaitan