#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Faktor Kehangatan AliPay


 

Kini, mereka yang menonton saja pun tahu terdapat spekulasi yang  menaikkan harga saham barang-barang  teknologi. Nampaknya, terdapat pelbagai pihak yang mahu melibatkan diri dengan keadaan pasaran yang kian hangat ini.   Salah satu organisasi ini adalah GHL Systems Bhd. Sahamnya kini diniagakan dengan nilai  60 kali pendapatan, berbanding dengan hanya lebih 30 kali pada minggu lalu.

Ini berkemungkinan kerana terdapat pengumuman pada awal minggu ini  yang mengatakan GHL Systems Bhd  akan bekerjasama dengan AliPay untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran di Malaysia.

Debaran mengenai perkara ini boleh difahami, tetapi tidak semestinya logik. Benar, revolusi teknologi kewangan (FinTech) akan kekal untuk masa yang lama.  Pembayaran untuk produk dan perkhidmatan akan didigitalkan sepenuhnya dalam masa terdekat kerana ia menjadikan sesuatu perkara itu mudah, selamat dan mempunyai  kos transaksi yang  lebih rendah.

Mengenai AliPay

AliPay adalah platform pembayaran dalam talian dan sebuah produk hasil ciptaan Ant Financial, yang merupakan syarikat pembayaran yang bersekutu dengan AliBaba.

AliPay mempunyai sebuah aplikasi yang boleh digunakan di telefon bimbit anda dan digunakan untuk membayar barang yang ingin anda beli di kaunter jualan.

Illustrasi Pengunaan Alipay di Jepun

Menurut beberapa laporan, di negara seperti China di mana penggunaan kad kredit adalah sangat rendah, tidak menghairankan terdapat seramai 450 juta warga China yang menggunakannya, hal ini merangkumi hampir 70% daripada semua urusan transaksi yang dilakukan di negara itu.

Dan seperti kebanyakan inovasi besar yang berasal dari  China, rancangan seterusnya adalah supaya ia digunakan di seluruh dunia. Oleh kerana saiz pasaran China, AliPay telah berjaya mencapai jumlah transaksi yang luar biasa, membolehkan ia bersaing dengan  Visa dan MasterCard.

Adakah ia akan berjaya?

AliPay berkata ia diterima oleh lebih daripada 80,000 peniaga di 70 buah negara. Ini kerana  sebahagian besarnya daripada pelanggan mereka adalah rakyat China yang mengembara ke luar negara.

Analisis yang telah dilakukan oleh The Wall Street Journal November lalu, menunjukkan AliPay sebagai sesuatu yang global bukannya mudah. Industri perbankan merupakan industri yang dikawal selia dengan ketat, hal ini bermaksud bahawa  Ant Financial perlu meneruskan pakatan mereka untuk mendapatkan akses kepada pasaran tempatan, menurut laporan itu.

Laporan itu juga memberitahu bahawa AliPay memerlukan lebih banyak usaha untuk menarik pengguna di serata dunia dalam pasaran di mana kad kredit digunakan secara meluas.

Oleh itu, kerjasama dengan GHL ada  potensinya. Tetapi buat masa ini, ia bergantung kepada bilangan pelancong China yang mengembara ke Malaysia dan berapa banyak AliPay digunakan sini. GHL tidak pula mendedahkan berapa bahagian yuran transaksi yang menjadi bahagiannya.

Tambahan pula, tidak ada sebarang petunjuk bahawa perjanjian itu adalah hak milik eksklusif GHL, bermakna syarikat-syarikat pembayaran lain di sini, seperti iPay88 dan MOLPay juga boleh bekerjasama dengan AliPay.  Selain itu,

bank-bank gergasi di Malaysia iaitu, Malayan Banking Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd telah memulakan perbincangan untuk mencapai perjanjian dengan AliPay.

Terdapat juga segelintir pemegang lesen e-wallet yang sedang bersedia untuk menyediakan perkhidmatan mereka di Malaysia dan meneroka pasaran pelancong China di sini, dengan membuat tawaran kesetiaan dan potongan yang menarik.

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa di kebanyakan pasaran tidak cenderung untuk mengeluarkan lesen e-wallet kepada pihak global seperti Ant Financial. Kerana ini bagaikan, mengeluarkan lesen perbankan penuh kepada bank-bank asing, hal  ini menjelaskan mengapa Ant Financial telah membeli saham dalam syarikat-syarikat asing.

Dalam erti kata lain, ruang  pembayaran dalam talian atau digital sedang dibuka dengan luas, hal ini merupakan berita baik untuk pengguna.

Jadi kita hanya perlu tunggu dan lihat siapa yang akan menang dalam perkara ini.

Sumber: The Star

Artikel Berkaitan