#toodiadotmy :: Semua tentang belia ada di sini! Kami bukan sensasi tapi berinformasi.


Musim Mane Mungkin Tamat Awal


 

Sadio Mane berhadapan dengan pembedahan lutut dan ini mungkin tamatkan musim-nya lebih awal.

Pemain sayap itu kelihatan terencot-encot ketika pertembungan derby antara Everton dan Liverpool yang menyaksikan Liverpool menang. Jurgen Klopp akan membuat keputusan terhadap pembedahan dalam tempoh 24 jam sementara pasukannya bergelut untuk menamatkan musim ini di kedudukan 4 teratas.

nintchdbpict0003130579292

Liverpool agak risau terhadap imbasan yang akan dilakukan selepas bengkak pada lutu Mane reda.

Tetapi kebiasaanya, dia akan memerlukan pembedahan yang akan menyebabkan dia akan diketepikan sekurang-kurangnya selama 8 minggu.

Liverpool gagal untuk memenangi satu perlawanan tanpa pemain Senegal itu di dalam barisan pemain.

nintchdbpict000313051063

Bercakap kepada media Selasa lalu, Klopp: “Kami akan tunggu sementara sehingga bengkak pada lutut surut.

“Ia agak tidak positif tetapi kami tidak boleh memastikannya. Kita harus tunggu.

“Ia bengkak atas sebab lain. Ia mungkin (pengakhiran musim).”

Artikel Berkaitan